Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Dr Che Ghazali Che Awang menunjukkan rampasan daun ketum seberat 181 kilogram yang cuba diseludup ke Langkawi, 4 Jul 2016. |
“...seperti yang berlaku di Golden Triangle (sempadan tiga
negara antara Myanmar, Laos dan Thailand) yang merupakan kawasan tanaman ganja
di mana ia didakwa bagi tujuan perubatan namun akhirnya menjadi aktiviti
mengaut keuntungan semata-mata.”
Kalau sudah pendek akal, nak buat macam mana?
Dah ‘putus asa’ atau tidak yakin dengan cadangan
kakitangan Pihak Berkuasa Kemajuan
Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) naikkan pendapatan pekebun kecil melalui
hasil getah atau melalui kebun getah melalui tanaman kontan atau beberapa cara
lain, Pengerusinya memohon kerajaan membenarkan pekebun kecil menanam ketum
secara komersil sebagai sumber pendapatan tambahan.
Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin macam tidak
faham apa itu tanaman kontan yang digalakkan oleh Kementerian Luar Bandar dan
Wilayah (KKLW) untuk membantu pekebun kecil menambah pendapatan apabila
mengatakan RISDA mahu perkenalkan tanaman ketum.
Menurut Zahidi, ketum yang dikatakan mempunyai nilai
perubatan boleh dieksport ke Amerika Syarikat dan Eropah kerana terdapat
permintaan tinggi dari farmasi di sana.
Pokok ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana
dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana kandungan
mitragininnya.
Semalam juga, Ketua Polis Negara membuat kenyataan
mengelirukan dan bolehlah dianggap jenaka minggu ini apabila mengatakan, tidak
salah untuk menanam daun ketum bagi tujuan komersial kerana ia tidak termaktub dalam
peruntukan undang-undang.
Dalam undang-undang Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, tidak
dinyatakan menanam daun ketum adalah salah.
Bagaimanapun, seseorang boleh dikenakan tindakan hanya
jika wujud aktiviti memetik, memproses dan mengedar daun ketum.
Berikutan itu, Tan
Sri Khalid Abu Bakar berkata cadangan RISDA untuk menanam pokok ketum bagi
tujuan eksport adalah dibenarkan, namun perbincangan perlu dibuat dengan
Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tujuan kawalan supaya ia tidak disalah guna.
Beliau mencadangkan kepada RISDA jika mereka mendapati
daun ketum itu ada nilai dalam perubatan dan mahu mengeksportnya, mereka perlu
dapat kebenaran dan pandangan daripada KKM kerana KKM saja yang dapat
memutuskan perkara itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur
Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak pula berkata penjualan atau pembelian air
ketum walaupun untuk tujuan perubatan boleh diambil tindakan di bawah Akta
Racun 1952.
Melalui Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, seseorang boleh
didenda maksimum RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi empat tahun atau
kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dibimbangi ialah sekiranya kerajaan meluluskan cadangan
menjadikan ketum tanaman kontan yang dibenarkan undang-undang dan dibolehkan
eksport ke luar negara, penanaman cannabis (ganja) dikhuatiri akan berleluasa.
Penjualan atau pembelian air ketum merupakan sesuatu yang
dilarang di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Di bawah itu, seseorang boleh
didenda maksimum RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi empat tahun atau
kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kerana itu Presiden Persatuan Pengasih Malaysia, Datuk
Mohd. Yunus Pathi semalam menggesa kerajaan menggubal segera undang-undang
mengawal penggunaan daun ketum bagi mengelak ia terus disalahgunakan termasuk
dalam kalangan pelajar.
Katanya, selain
itu pendidikan mengenai cara penggunaan yang betul daun berkenaan perlu
dipergiatkan lagi.
Persoalannya apakah ada jaminan bahawa jika RISDA atau
pihak lain menanam ketum – untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil –
kawalan terhadap penjualannya secara haram dapat dikawal dengan baik.
Polis Perlis secara dasarnya tidak bersetuju dengan
sebarang cadangan atau usaha mana-mana pihak untuk menjadikan ketum sebagai
tanaman komersil dan dieksport ke luar negara.
Timbalan Ketua Polis Perlis ACP Noor Mushar Muhammad
berkata pengeksportan tanaman itu pastinya melibatkan kuantiti yang banyak dan
dikhuatiri akan memberi implikasi lebih buruk.
“Usaha tersebut dilihat hanya menguntungkan sesetengah
pihak sahaja, sedangkan kesan mudarat itu lebih banyak berlaku dalam kalangan
masyarakat,” katanya di Perlis kelmarin.
Noor Mushar turut mengambil contoh seperti yang berlaku
di Golden Triangle (sempadan tiga negara antara Myanmar, Laos dan Thailand)
yang merupakan kawasan tanaman ganja di mana ia didakwa bagi tujuan perubatan
namun akhirnya menjadi aktiviti mengaut keuntungan semata-mata.
Exco Kesihatan negeri Kedah Datuk Dr Leong Yong Kong tidak
bersetuju dengan cadangan Risda itu kerana bimbang segelintir masyarakat
menyalahgunakannya untuk kegunaan peribadi.
Katanya Kedah masih dalam usaha untuk mengawal penanaman
daun ketum dan kerajaan negeri telah mengambil langkah untuk merampas tanah-tanah
yang dijadikan ladang ketum bagi mengekang penyalahgunaan air ketum dalam
kalangan masyarakat negeri ini.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata,
cadangan menanam pokok ketum perlu mengambil kira kesannnya kepada institusi
pendidikan, terutamanya murid dan pelajar sekolah.
Katanya walaupun belum ditanam secara meluas sudah ada
pelajar sekolah yang terbabit dalam penyalahgunaan minuman berasaskan daun
ketum.
Ditanya apakah cadangan itu seolah-olah mengundang
masalah baharu secara tidak langsung kepada kementerian pendidikan, Mahdzir
berkata: “Saya harap pilihlah tanaman lain sebab ia mengundang masalah.”
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah,
berkata kerajaan negeri tidak bersetuju dengan cadangan penanaman pokok ketum
untuk tujuan eksport. Ini kerana tiada kajian yang dibuat sebelum ini yang
membuktikan manfaat kepada orang ramai sebaliknya banyak memberi kemudaratan
kepada penggunanya.
“Penggunaannya sebagai ubat atau sebagai makanan tambahan
untuk kesihatan juga tidak pernah dikaji dan tidak mendapat pengesahan
perubatan,” katanya dalam satu kenyataan.
http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/cadangan-tanam-ketum-komersil-ditentang-hebat#sthash.xhkSrXd0.dpuf
Gara-gara candangan ‘pendek akal’ Zahidi itu, Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sendiri mengakui pihaknya tidak menyedari RISDA
mempunyai rancangan untuk para pekebun
kecil menanam mitragyna speciosa (ketum) sebagai sumber pendapatan tambahan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semalam perbincangan
di kementerian ketika ini adalah penamanam tanaman kontan yang dibenarkan
undang-undang di ladang-ladang seperti ladang getah.
“Kita memang menggalakkan tanaman tambahan di ladang
getah seperti cendawan, tetapi tidak pernah kita sebut ketum,” katanya kepada
pemberita seusai merasmikan seminar Gagasan Pemikiran Tun Abdul Razak di Dewan
Lestari, KKLW di Putrajaya semalam.
Ismail mengingatkan penjualan air ketum boleh dikenakan
tindakan di bawah Akta Racun 1952 dan penanamannya secara besar-besaran perlu
diteliti secara mendalam.
“Saya kena dapatkan laporan dulu, sebab perkara ini tidak
dibincangkan di pihak kementerian. Saya tak boleh komen sebab saya tidak tahu,”
tambahnya.
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pula berpendapat
cadangan membenarkan pekebun kecil menanam mitragyna speciosa (ketum) sebagai
sumber pendapatan tambahan dianggap menjemput ‘malapetaka’.
Ini kerana cadangan penanaman ketum secara meluas seolah
membuka ruang luas kepada penyalahgunaan dadah.
“Penggunaan daun ketum tidak seperti zaman dahulu. Jika
dulu, zaman nenek moyang menggunakan daun sebagai minuman pemulih tenaga
terutama wanita selepas bersalin dan buang angin.
“Bagaimanapun penggunaan daun ketum mula disalahgunakan.
Ketagihan terhadap daun ketum yang mengandungi mitraginin membuatkan segelintir
masyarakat secara ‘kreatif’ mencampurkan rebusan ini dengan ubat batuk,” kata
Pegawai Perhubungan AADK Salehuddin Klewan kepada FMT.
Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) Kluster Pertanian
dan Makanan, Majlis Profesor Negara (MPN) Profesor Dr Abdul Shukor Juraimi
menggesa kajian terperinci dilaksanakan sebelum ketum dibenarkan untuk ditanam
secara komersial.
Ini kerana kefahaman dan penguatkuasaan menyeluruh adalah
perlu bagi mengekang penyalahgunaan ketum yang boleh memudaratkan kesihatan
jika tidak dikawal.
Sementara itu, polis berkata cadangan penanaman ketum
secara komersil mengulangi kesilapan Segi Tiga Emas Asia Tenggara, yang pada
awalnya merupakan ladang tananam papaver somniferum (popi candu) bagi tujuan
perubatan, tetapi akhirnya menjadi pengeluar candu dadah dunia.
No comments:
Post a Comment