Sunday, November 29, 2015

UMNO Selangor Lancar Laman Web Rasmi


UMNO Selangor semalam melancarkan laman web rasminya dalam usaha untuk memperkasakan lagi pengaruh parti keramat Melayu itu terutamanya dalam media sosial.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, laman web yang dikenali sebagai www.umno-selangor.com itu akan menjadi siaran rasmi UMNO Selangor dengan memaparkan semua program, aktiviti dan gerak kerja dilakukan setiap bahagian dan sayap parti.

Menurutnya, laman web itu juga berperanan untuk menangkis, menjernih dan menjelaskan kepada rakyat tentang isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.

‘‘Sebelum ini ada yang kata UMNO Selangor ‘tidur’ kerana menyangka kita tidak buat kerja sedangkan ketua-ketua bahagian setiap hari mempunyai jadual yang ketat dari pagi hingga ke malam mengadakan program bersama rakyat.

‘‘Dengan adanya laman web ini saya minta setiap bahagian dan sayap UMNO memuat naik semua aktiviti mereka sekali gus bukan sahaja membuktikan kita buat kerja tetapi juga memudahkan saya serta kepimpinan atasan memantau,’’ katanya selepas menghadiri seminar media sosial dan pelancaran laman web itu di Bangunan UMNO Selangor semalam.

Mengulas lanjut, Noh berkata, media sosial memainkan peranan yang penting ketika ini dan tanpa menguasainya adalah sukar untuk menarik pengundi serta menawan kembali Selangor.

‘‘Kita sebenarnya hanya kalah di media sosial sahaja ini terbukti apabila di sidang dewan Parlimen, pemimpin pembangkang terdiam apabila menteri menjawab isu yang dibangkitkan mereka,’’ jelasnya.

Utusan

2 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

Kalau setakat nak syiok sendiri......tapi maklumat tak sampai pada penyokong/pengundi pun tak guna jugak kan...kan...kan !

Belly Ballot said...

Hi I found your site by mistake when i was searching yahoo for this acne issue, I must say your site is really helpful I also love the design, its amazing!. I don’t have the time at the moment to fully read your site but I have bookmarked it and also add your RSS feeds. I will be back in a day or two. thanks for a great site. wordpress web development company