Tuesday, February 7, 2012

Kekasih Eli Wong Di Tangkap - Kerajaan Selangor Gelabah Semacam

Kerajaan Negeri Selangor semalam menyeru rakyat supaya tidak mengizinkan politik kotor dan serangan peribadi digunakan untuk mengalih pandangan terhadap agenda utama Kerajaan Negeri yang mentadbir Negeri Selangor secara telus, berkesan dan efektif yang diterapkan dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Politik kotor dan serangan peribadi?

Apa maksud Kerajaan Selangor atau Pejabat Menteri Besar menyatakan demikian?

 Jika lelaki berkenaan adalah ahli PKR dan memang tinggal lama di sana, apa yang dia buat di sana?

Apakah dia pelarian yang dikehendaki oleh polis Malaysia?

Apa yang Pejabat Menteri Besar mahu tutup?

Mahu melindungi Elizabeth Wong dan bimbang nama PKR Selangor tercemar?

Jika itulah lelaki yang dimaksudkan sebagai ‘kekasih’ Elizabeth Wong yang menyebarkan gambar ADUN berkenaan, serahkan sahaja kepada polis untuk menyelesaikannya.

Dan jika benar lelaki itu memang yang diburu polis dan kebetulan ada hubungan dengan Elizabeth Wong, mahu tutu papa lagi? Sehingga kini laporan yang belum disahkan oleh polis Malaysia menyebut bahawa lelaki itu memang orang yang dikaitkan dengan kontroversi Elizabeth Wong pada 2009.

Kenyataan Kerajaan Negeri semalam dikeluarkan susulan laporan media dari Indonesia dan beberapa blog tempatan mendakwa seorang lelaki ditangkap oleh Imigresen Indonesia atas dakwaan memiliki pengenalan diri palsu dan tinggal melebihi masa yang dibenarkan dikatakan kekasih Elizabeth Wong, salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor menganggap spekulasi mengenai lelaki yang ditangkap itu tidak berasas apalagi mengaitkannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Elizabeth Wong.


Berasas atau tidak, kita tunggu laporan polis!

Itu sebaik-baiknya dan tidak perlulah meminta rakyat Selangor yang bijak untuk tidak berhajat mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Kenyataan media dikeluarkan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor semalam menyebut Kerajaan Negeri Selangor mengambil berat spekulasi tidak berasas susulan laporan penahanan itu.

Katanya, Kerajaan Negeri akan meneliti laporan yang dibangkitkan media dan akan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi ke atas kerajaan, pemimpin serta pentadbiran Negeri Selangor.

Oklah jika tidak benar, kalau benar apa tindakan kerajaan Selangor terhadap Elizabeth Wong dan perlu jelaskan siapa biayai lelaki itu tinggal di Batam?

Perkara ini dilaporkan akan dibawa ke Mesyuarat Biro Politik PKR esok (Rabu) dan sebarang keputusan akan diumumkan kepada rakyat dengan kadar segera, kata kenyataan itu.

Kita tunggu laporan yang akan dikeluarkan dan apa dalih PKR Selangor mengenai perkara ini.

Elizabeth Wong, wakil rakyat penggal pertama, pernah berhadapan dengan isu yang sama tiga tahun lalu dan memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun tawaran itu ditolak oleh kerajaan negeri.

Beliau juga merupakan salah seorang anggota Majlis Pimpinan Negeri. "Kerajaan Negeri berpendirian bahawa adalah tidak beretika jika terdapat sebarang cubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk menyalahgunakan isu ini bagi mempertikaikan kredibiliti seseorang individu," menurut kenyataan itu lagi.

Ketua Imigresen Batam, Gindo Ginting berkata, lelaki itu ditahan kerana berkelakuan mencurigakan ketika sedang membuat urusan passport di pejabat Imigresen, Jumaat lalu. "Pemeriksaan mendapati, dia memiliki pasport Indonesia, kad pengenalan dan kad keluarga palsu yang dikeluarkan Jabatan Imigresen Batam. Suspek juga memiliki passport Malaysia.

"Dia menggunakan nama Azmin Heli dan berasal dari Kuala Lumpur dengan alamat terakhirnya Jalan 4H, Ampang dan dilahirkan pada 27 Mei 1975," katanya yang dipetik dari portal Detiknews.com, semalam.

Menurutnya, lelaki berkenaan memasuki Indonesia melalui pelabuhan Tanjung Balai Karimun pada 15 Februari 2009. "Setelah disoal siasat, Helmi didapati tinggal lebih dari jangka masa yang dibenarkan menggunakan visa sementara.

Dia juga mengaku menetap di beberapa buah bandar di Indonesia termasuk di Pekanbaru, Jakarta malah di beberapa daerah seperti Cengkareng, Cingkawang dan Pondok Kelapa," katanya. Gindo berkata, suspek memberitahu dia dinasihatkan tinggal sementara di Indonesia oleh keluarga dan pimpinan PKR kerana didakwa diancam kerajaan Malaysia.

Katanya, selama dia melarikan diri ke Indonesia perbelanjaannya ditanggung parti itu dan keluarganya.

Sunday, February 5, 2012

'Balak' Eli Wong 'Ancam Malaysia' Tertangkap Di Batam?

Benarkah Balak Eli Wong Tertangkap di Batam?


Hebat orang ini, terpaksa tinggal dalam buangan di Batam. Menurut laporan dia berbuat demikian kerana diancam akan ditangkap jika tinggal di Malaysia.

Persoalannya siapa bayar dia tinggal di sana? Katanya keluarga dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membiayainya di sana.

Tapi siapa balak ini? Hero sangatkah dia?

Menurut KLPos, dari hasil pemeriksaan, rakyat Malaysia ini dikenali sebagai Azmin Heli yang berasal dari Kuala Lumpur yang lahir pada 27 Mei 1975.

Azman Heli ini beralamat Jalan 4H, Ampang Selangor 68000 Malaysia. Beliau juga turut dikatakan sebagai salah seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Malaysia sewaktu disoal siasat.

Malah GWM yang membawa berita ‘HOT NEWS ... Boyfriend Eli Wong Bogel SUDAH DITANGKAP DI INDONESIA!’ yakin ahli PKR yang ditangkap memiliki paspot palsu ini adalah Helmi Malik, boyfriend Eli Bogel yang telah lama lari meninggalkan Malaysia dan menetap di Indonesia.

Yang menariknya, segala perbelanjaan menetap di Indonesia ditanggung oleh PKR! PKR perlu menjawab dakwaan ini secepat mungkin.

Rahsia dan kegiatan apa yang dilakukan mamat ni sehingga ditanggung kehidupannya di Indonesia ...

Hebat! PKR atau Eli Wong kena jawab dakwaan ini!

Saturday, February 4, 2012

Dr Hasan Tidak Gila Talak, Rela Dipecat Dari PAS

Datuk Dr Hasan Ali bukan gila talak. Dia rela dipecat oleh PAS.

Bekas Exco Selangoritu hari ini menyatakan pendirian untuk tidak lagi bersama PAS kerana mendakwa parti itu sudah terkeluar daripada landasan sebenarnya iaitu untuk memartabatkan Islam. Hasan yang dipecat daripada PAS pada 8 Januari lalu memberitahu bahawa beliau tidak akan membuat rayuan berhubung pemecatannya daripada parti itu yang disifatkanya dilakukan secara autokratik dan tidak demokratik.

"Setelah merenung berbagai sudut termasuk kepraktikalan gerak kerja saya seterusnya dan yang paling penting setelah beristikharah telah membawa saya membuat keputusan untuk tidak membuat rayuan.

"Sabaliknya saya membantah keputusan pemecatan saya yang bersifat arbitrari (tidak berasas) dan dilakukan mengikut selera parasit-pasrit yang sememangnya bagitu bernafsu untuk melihat saya tidak lagi berada dalam saf kepimpinan parti," katanya hari ini.

Menurut Hasan keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk keghairahan sesetengah pemimpin PAS untuk bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP demi mengutamakan sasaran menuju Putrajaya.

"Kerap kali saya mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat.

Ini berikutan dengan pendekatan yang diambil oleh parasit dalam PAS hingga melampaui hal-hal yang berkaitan dengan dasar parti yang terpaksa dikorbankan untuk menjaga kepentingan DAP dan PKR.

"Dalam banyak hal saya dapati pimpinan parasit dalam PAS lebih gemar mendengar pandangan daripad DAP dan PKR berbanding daripada wakil partinya sendiri dalam hal pentadbiran kerajaan negeri Selangor," katanya.

Dalam pada itu Hasan yang dilucutkan jawatan Exco Hal Ehwal Islam Selangor pada 13 Januari lalu turut menyatakan bahawa sehingga kini beliau tidak menerima sebarang pertuduhan berhubung pemecatannya.

"Saya tidak pernah menerima surat, pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon meminta saya hadir khusus untuk memberi keterangan terhadap apa-apa pertuduhan (sekiranya ada) yang dikenakan terhadap saya," katanya.

BN Tadbir Urus Kekayaan Negara Menerusi Pelbagai Program Kebajikan


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya mentadbir urus kekayaan negara dengan baik sehingga dapat melaksanakan pelbagai program kebajikan yang membela rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah.

Beliau berkata semua program itu dilaksanakan tanpa perlu meminjam daripada institusi kewangan luar seperti Bank Dunia mahupun Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) seperti yang didakwa oleh pembangkang.

"Ini semua kita mampu buat sebab tadbir negara dengan baik sehingga membolehkan kekayaan dapat dipindahkan kepada rakyat," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kawasan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang di Padang Astaka Majlis Daerah Marang Terengganu, semalam.

Najib berkata, sejak mengambil alih pucuk pemerintahan negara tiga tahun lepas, beliau sering mengingatkan wakil-wakil rakyat supaya sentiasa merasai denyut nadi rakyat dengan mengutamakan kebajikan rakyat dalam dasar program membela rakyat tanpa memilih bulu dan fahaman politik.

"Kita beri rakyat Bantuan Rakyat 1Malaysia, cuba bayangkan mana ada kerajaan lain di dunia ini yang 80 peratus isi rumah yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dapat bantuan RM500 kecuali kerajaan kita (BN).

"Kita tidak pilih bulu, orang yang tidak sokong kita pun dapat juga. Dia kutuk dan maki hamun kita, tetapi bila nampak duit, dia yang pertama sekali yang datang beratur, sedangkan orang kita yang berhujan dan berpanas dalam menegakkan kerajaan," katanya.

Dalam tempoh tiga tahun ini, selain BR1M, kerajaan telah melaksanakan pelbagai program kebajikan untuk rakyat termasuk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan menurut Perdana Menteri jika diberi mandat untuk terus memerintah negara dalam pilihan raya umum akan datang, lebih banyak lagi program kebajikan seumpamanya untuk rakyat akan dilaksanakan.

"Apabila menyebut soal kepimpinan, ia berkait dengan soal kemampuan. BR1M kita mampu laksanakan...kita buat projek besar di Kuala Lumpur sebab hendak rangsang ekonomi dan dengan pertambahan hasil lima hingga enam peratus setahun kita bahagi pula kepada rakyat.

"Cukai pendapatan kita 2010- 2011 bertambah RM26 bilion setahun dan daripada jumlah itu kita beri RM2.6 bilion untuk bantuan persekolahan RM100 (setiap pelajar), baucar belian buku kepada pelajar STPM dan pelajar institusi pengajian tinggi sebanyak RM200," katanya.

Najib berkata, sejak kebelakangan ini soal kenaikan kos sara hidup merupakan cabaran utama kepada kerajaan untuk memikirkan cara yang terbaik untuk membantu rakyat dan untuk itu sebanyak RM22 billion diperuntukkan setiap tahun untuk subsidi pelbagai jenis barangan keperluan rakyat

Sementara itu, Perdana Menteri menyeru rakyat Terengganu mempertahankan Terengganu supaya terus kekal dalam pemerintahan kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau juga mengharapkan kawasan DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang dapat dirampas kembali oleh BN bagi membolehkan kerajaan melaksanakan program pembangunan yang selama ini gagal dilaksanakan oleh PAS.

Menurutnya parti PAS kini berada dalam keadaan terumbang ambing dan semakin tidak jelas dalam memperjuangkan dasar politik mereka sejak berada dalam pakatan pembangkang.

"Pemimpin macam (bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Dr) Hasan Ali dibuang, orang yang benar-benar berjuang, bercakap tentang Islam dan mempertahankan akidah dipecat sebab mereka takut kepada DAP.

"Yang peliknya dalam sehari dua ini muncul pula pejuang Yahudi yang sanggup mempertahankan keselamatan Zionis sedangkan kita sepatutnya membela nasib orang Palestin yang tidak berdosa," katanya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini dilaporkan menyokong usaha menjaga keselamatan Israel ketika beliau ditemuramah akhbar The Wall Street Journal.