Kerajaan Negeri Selangor semalam menyeru rakyat supaya tidak mengizinkan politik kotor dan serangan peribadi digunakan untuk mengalih pandangan terhadap agenda utama Kerajaan Negeri yang mentadbir Negeri Selangor secara telus, berkesan dan efektif yang diterapkan dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Politik kotor dan serangan peribadi?
Apa maksud Kerajaan Selangor atau Pejabat Menteri Besar menyatakan demikian?
Jika lelaki berkenaan adalah ahli PKR dan memang tinggal lama di sana, apa yang dia buat di sana?
Apakah dia pelarian yang dikehendaki oleh polis Malaysia?
Apa yang Pejabat Menteri Besar mahu tutup?
Mahu melindungi Elizabeth Wong dan bimbang nama PKR Selangor tercemar?
Jika itulah lelaki yang dimaksudkan sebagai ‘kekasih’ Elizabeth Wong yang menyebarkan gambar ADUN berkenaan, serahkan sahaja kepada polis untuk menyelesaikannya.
Dan jika benar lelaki itu memang yang diburu polis dan kebetulan ada hubungan dengan Elizabeth Wong, mahu tutu papa lagi?
Sehingga kini laporan yang belum disahkan oleh polis Malaysia menyebut bahawa lelaki itu memang orang yang dikaitkan dengan kontroversi Elizabeth Wong pada 2009.
Kenyataan Kerajaan Negeri semalam dikeluarkan susulan laporan media dari Indonesia dan beberapa blog tempatan mendakwa seorang lelaki ditangkap oleh Imigresen Indonesia atas dakwaan memiliki pengenalan diri palsu dan tinggal melebihi masa yang dibenarkan dikatakan kekasih Elizabeth Wong, salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor menganggap spekulasi mengenai lelaki yang ditangkap itu tidak berasas apalagi mengaitkannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Elizabeth Wong.
Berasas atau tidak, kita tunggu laporan polis!
Itu sebaik-baiknya dan tidak perlulah meminta rakyat Selangor yang bijak untuk tidak berhajat mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Kenyataan media dikeluarkan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor semalam menyebut Kerajaan Negeri Selangor mengambil berat spekulasi tidak berasas susulan laporan penahanan itu.
Katanya, Kerajaan Negeri akan meneliti laporan yang dibangkitkan media dan akan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi ke atas kerajaan, pemimpin serta pentadbiran Negeri Selangor.
Oklah jika tidak benar, kalau benar apa tindakan kerajaan Selangor terhadap Elizabeth Wong dan perlu jelaskan siapa biayai lelaki itu tinggal di Batam?
Perkara ini dilaporkan akan dibawa ke Mesyuarat Biro Politik PKR esok (Rabu) dan sebarang keputusan akan diumumkan kepada rakyat dengan kadar segera, kata kenyataan itu.
Kita tunggu laporan yang akan dikeluarkan dan apa dalih PKR Selangor mengenai perkara ini.
Elizabeth Wong, wakil rakyat penggal pertama, pernah berhadapan dengan isu yang sama tiga tahun lalu dan memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri.
Bagaimanapun tawaran itu ditolak oleh kerajaan negeri.
Beliau juga merupakan salah seorang anggota Majlis Pimpinan Negeri.
"Kerajaan Negeri berpendirian bahawa adalah tidak beretika jika terdapat sebarang cubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk menyalahgunakan isu ini bagi mempertikaikan kredibiliti seseorang individu," menurut kenyataan itu lagi.
Ketua Imigresen Batam, Gindo Ginting berkata, lelaki itu ditahan kerana berkelakuan mencurigakan ketika sedang membuat urusan passport di pejabat Imigresen, Jumaat lalu.
"Pemeriksaan mendapati, dia memiliki pasport Indonesia, kad pengenalan dan kad keluarga palsu yang dikeluarkan Jabatan Imigresen Batam. Suspek juga memiliki passport Malaysia.
"Dia menggunakan nama Azmin Heli dan berasal dari Kuala Lumpur dengan alamat terakhirnya Jalan 4H, Ampang dan dilahirkan pada 27 Mei 1975," katanya yang dipetik dari portal Detiknews.com, semalam.
Menurutnya, lelaki berkenaan memasuki Indonesia melalui pelabuhan Tanjung Balai Karimun pada 15 Februari 2009.
"Setelah disoal siasat, Helmi didapati tinggal lebih dari jangka masa yang dibenarkan menggunakan visa sementara.
Dia juga mengaku menetap di beberapa buah bandar di Indonesia termasuk di Pekanbaru, Jakarta malah di beberapa daerah seperti Cengkareng, Cingkawang dan Pondok Kelapa," katanya.
Gindo berkata, suspek memberitahu dia dinasihatkan tinggal sementara di Indonesia oleh keluarga dan pimpinan PKR kerana didakwa diancam kerajaan Malaysia.
Katanya, selama dia melarikan diri ke Indonesia perbelanjaannya ditanggung parti itu dan keluarganya.
No comments:
Post a Comment