Kami juga pernah memberitahu bahawa Kak Wan akan singkir sebaik Azmin menang Timbalan sini. Pemilihan PKR diwarani oleh rancangan jahat Azmin dan Anwar.
Baca Bhg 1 sini dan Bhg 2 sini untuk mengetahui persaingan Azmin dan Khalid Ibrahim.
Persaingan Azmin dan Kak Wan ini sebenarnya melebihi dari pergaduhan dua madu Anwar Ibrahim dan sudah berlarutan begitu lama. Ianya sudah melarat hingga ke dalam pentadbiran dan pemilihan.
Kenyataan Zaid semalam menolak desas desus dia akan mengundur diri. Dia hanya berkata kalau Nurul Izzah bertanding, dia akan beri sokongan untuk Nurul cuba Timbalan.
Nampaknya Zaid seolah-olah mahu keluarga Anwar kelihatan berpecah. Tidak lagi kemungkinan Anwar untuk buat rancangan masa depan dengan Nurul mahu mencuba jawatan Naib. Baca kami di sini.
Kalau kita lihat dari mata kasar, ianya seolah-olah macam wayang katun. Nurul sokong Zaid tapi kini Zaid sokong Nurul. Sebenarnya ada muslihat disebaliknya dan Awnar mungkin sekali akan terperangkap.
Perlu diperakui jentera Azmin lebih kuat dan berkesan, walaupun jentera Zaid bukanlah makanan ayam. Semua orang hanya ingat kekuatan Anwar tetapi mengetepikan Wan Azizah yang pemegang kuasa.
Anwar sudah dicalunkan untuk Presiden tapi dia tidak mahu. Malah dia beriya-iya mahu namanya tidak lagi dicalunkan. Dia sudah buat kenyataan terbukan dan jelas mengenai ini.
Selain dari Anwar dan Wan Azizah, nama Zaid Ibrahim dan Khalid turut dicalunkan untuk Presiden PKR. Oleh kerana tidak banyak pencalunan, ramai tidak sedar bahawa mereka layak untuk menerima pencalunan dan bertanding untuk jawatan Presiden.
Selain dari Zaid dan Azmin, Khalid Ibrahim pun mendapat pencalunan. Seorang lagi adalah Mustafa Kamal Ayub yang telah mengumumkan tidak bertanding. Padanlah Perkasa sokong dia.
Masanya tidak banyak. Tinggal beberapa hari saja untuk menerima atau menolak pencalunan. Apa akan terjadi jika Zaid Ibrahim tidak tandingi Timbalan dan tanding Presiden?
Itu memeningkan lagi kepala Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan masaalah Saiful dan kini Rahimi. Entah apa lagi akan dilonggokkan kedalam kepala serabut Anwar, masa dai tengah pening lalat dan gajah.
Tiba-tiba Wan Azizah tidak tanding jawatan Presiden. Jangan kita lupa Wan Aziah dah kata dan beritahu merata-rata dia mahu berundur. Dah penat. Cerita penat ini bukan baru malah masa Awnar dalam penjara. Sempatkah Anwar lakukan sesuatu?
Tak akan dia nak bertanding presiden dan tukar kata-katanya, yang mana ianya tidak boleh ditolak kemungkinan. Tentu ini merosakkan rancangan Anwar yang mahu seseorang perjuangkan dia dari luar semasa dia dalam penjara kelak.
Dengan Anwar sudah dihujung permainan tunda cat di mahkamah, susah juga untuk dia masuk terlibat dalam kempen untuk jadi Presiden. Mungkin sekali akan terdedah bahawa Anwar bukan lagi ahli PKR.
Jangan lupa Anwar masih sedang cuba mengetepikan pemecatannya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri di mahkamah dan ini melibatkan pemecatan keahliannya dalam UMNO. Kemungkinan kesnya menajdi lemah jika dia masuk jadi ahli parti lain.
Kalau terjadi Zaid menentang Anwar untuk Presiden, isu yang bakal dihadapi yang Awnar enggan menerima adalah realiti post Anwar PKR. Semua tahu dan lihat perlunya PKR bersedia untuk Pkr tanpa Anwar. Sepanjang kempen ini, Anwar akan bertambah terdesak di mahkamah.
Dengan Zaid cuba jawatan Presiden dan Wan Azizah mengundur, siapa pula akan lawan Azmin? Mungkah Khalid yang ada some score yang perlu dia settle dengannya?
Anwar-Azmin lawan Zaid-Khalid ... adakah kemungkinan ini?
2 comments:
Terima kasih sebarkan artikel kami. Harap letak credit sekali.
Salam Ziarah,
Mohon sesama link pada blog masing-masing dalam misi tawan kembali Selangorku tercinta...
Ayuh... sama2 kita humbankan fuckatan haram ke lubang kubur!!!
Post a Comment