Saturday, September 25, 2010

DUIT JUDI DANA UNTUK ORANG MISKIN

Reezal Merican Naina Merican (tengah) menunjukkan salinan surat yang membuktikan kerajaan negeri Pulau Pinang mendapatkan dana daripada sumber judi untuk program membiayai miskin tegar pada sidang akhbar di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.

Apa nak dikatakan lagi? Kalau dah kerajaan bukan Islam namanya, dananya juga bersifat ‘bukan Islam’.

Yang pasti, mesti ada orang Melayu-Islam Pulau Pinang terpaksa menerimanya juga kerana kemiskinan.

Lebih mengejutkan dana itu turut membabitkan hasil judi.

Inilah kerajaan pakatan pembangkang yang disanjung oleh PAS. Sekarang ternyata ‘Umar Ab Aziz’ Pulau Pinang (bukan pemerintah Islam - Khalifah Umar Abdul Aziz ) menggunakan apa sahaja wang untuk dana dan PASW pula memejamkan mata.

Harapkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Exco Kerajaan yang beragama Islam? Mereka sama saja. Kalau tidak tak kan sokong baca doa untuk Lim Guan Eng.

Sedih dan meyakitkan bagi kita orang Islam mendengar perbuatan kerajaan negeri Pulau Pinang melakukan sedemikian rupa.

Pendedahan Pergerakan Pemuda UMNO semalam amat penting dan melebihi daripada apa yang dilakukan oleh Pemuda PAS yang bersubahat dan memejamkan mata serta memekakkan telinga mengenai perkara ini.

Mana Pemuda PAS Pulau Pinang yang begitu ‘angkuh’ mempertahankan Guan Eng selama ini? Takut bersuara? Tetapi bukankah ini sesuatu yang menjijikan bagi umat Islam? Bolehkan orang Islam menerima bantuan daripada dana hasil judi?

Mana Mujahid Yusof Rawa? Mana itu Ahli Parlimen Parit Buntar, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, AJK PAS Pusat, AJK Pemuda PAS Pusat sertaYang Dipertua PAS Kawasan Bayan Baru, Pulau Pinang?

Bolehkah anda buat tidak tahu dan berdiam diri dalam isu ini hanya kerana PAS adalah sekutu pakatan pembangkang?

PAS kajilah perkara ini. Pemuda UMNO bukan main politik apabila semalam mendedahkan sepucuk surat yang didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Bertarikh 9 Julai 2010, surat itu yang ditandatangani Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Farida Hani M. Yacob, mengesahkan bahawa sumbangan tersebut sudah diterima kerajaan negeri.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, surat itu dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali ke rumahnya di ibu negara Rabu lalu, kira-kira seminggu selepas beliau membuat kenyataan berhubung isu berkenaan baru-baru ini.

Menurutnya, surat tersebut membuktikan bahawa kenyataan beberapa pemimpin kerajaan negeri sebelum ini bahawa pentadbiran mereka tidak pernah menerima dana bersumberkan hasil perjudian adalah satu pembohongan.

‘‘Kalau sebelum ini kerajaan negeri termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng bermati-matian menafikan pernah menerima duit hasil perjudian untuk membiayai program mereka, saya cabar kerajaan negeri untuk tampil memberi penjelasan berhubung surat ini.

‘‘Kalau beliau (Guan Eng) gagal menjelaskan pembohongan ini, maka beliau akan dikenang sebagai bapa segala pembohongan. Kalau tidak betul pun, sila tampil beri penjelasan kerana surat ini dikeluarkan oleh pejabat beliau sendiri,” katanya pada sidang akhbar di Kepala Batas semalam.

No comments: