Umno Bahagian Pasir Puteh menghantar surat bantahan kepada Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kerana kecewa dengan pendirian pemimpin veteran Umno itu berhubung isu royalti minyak.
Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman berkata pihaknya kecewa dengan tindakan Tengku Razaleigh yang menyatakan pendiriannya bertentangan dengan kerajaan pusat kerana hakikatnya Kelantan tidak layak menerima bayaran royalti minyak lima peratus itu.
"Satu surat bantahan berkaitan kehadiran Tengku Razaleigh pada majlis ceramah khas pada 28 Jan lepas telah dihantar semalam kepada Tengku Razaleigh," katanya semalam.
Zawawi berkata salinan surat itu juga dihantar kepada Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak serta Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk tindakan lanjut.
1 comment:
kalau ketua umno bhgn pasir puteh bantah ni saya percaya kata ku li mmg tak layak pun dapat royalti. kalau dapat pun diorang yang mentekedarah!!! sama lah dengan peruntukan2 yang dah disalurkan. elok yang dapat pun jadi tak dapat. apa punye org tak tahu lah!!!
Post a Comment