Tuesday, December 16, 2008

TERIMA KASIH KERAJAAN UMNO...

Daripada Gobok Besau (http://gobokbesau.blogspot.com)

Terima Kasih kerajaan UMNO.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin UMNO yg benar-benar menjaga hak Melayu dan agama Islam. Selama saya hidup di negara Malaysia ini banyak kebaikan yang saya perolehi atas pentadbiran kerajaan yang dikuasai UMNO ini dan saya boleh katakan kepada orang melayu kerajaan UMNO adalah yang paling prihatin dan berkebajikan berbanding kerajaan dalam dunia ini..

1. Kesihatan
Kerajaan UMNO begitu menitik beratkan soal kesihatan rakyat, sejak lahir kita diberi pelbagai rawatan dan ubat-ubatan (suntikan polio, BCG, cacar) supaya kita boleh hidup sihat dengan izin Allah swt. Di sekolah juga pihak kerajaan menghantar doktor gigi untuk memeriksa gigi-gigi pelajar dan mengajar cara menggosokkan gigi dengan betul dan memberi rawatan pergigian pada pelajar. Beberapa suntikan juga turut diberikan pada kita seperti BCG dan Titanus.

Di Hospital juga kerajaan telah menaikkan taraf untuk memberi keselesaan kepada rakyat. Beberapa hospital baru dan canggih dibina demi menampung pertambahan rakyat. Dan saya berterima kasih dan hargai kepada kerajaan UMNO kerana memberi saya ubat-ubatan yg terbaik di dunia ini tanpa perlu membayar sesen pun. Walaupun dikenakan bayaran tapi tidaklah sampai mencekik darah tetap ada fleksibiliti untuk orang susah.

Beberapa siri temujanji dengan doktor juga dijalankan kepada pesakit yg pernah memasuki hospital untuk mengetahui perkembangan pesakit. Saya ingin katakan kerajaan UMNO adalah kerajaan prihatin di dunia ini.

2. Pendidikan
Saya juga menghargai kerajaan UMNO kerana menyediakan pendidikan rendah dan menengah yang cukup efisien. Saya juga berterima kasih kepada kerajaan kerana mewujudkan MRSM sebagai platform yang membolehkan saya pergi melangkah jauh ke luar untuk menimba ilmu pengetahuan.

Beberapa biasiswa turut disediakan kepada pelajar melayu dan saya juga ingin katakan kerajaan UMNO adalah kerajaan tunggal yg menyediakan pinjaman pendidikan kepada rakyat (PTPTN) demi mahu rakyat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

3. Keselamatan
Saya juga menghargai kerajaan UMNO kerana memodenkan agensi pertahanan negara dengan pembelian pesawat pejuang dan kapal selam. Segala aset ini sebenarnya memberi petanda bahawasanya negara ini tidak mahu kuasa lain menjajah negara ini. Dengan itu juga negara tidak menghadapi ancaman dari negara jiran.

4. Pengangkutan
Terima kasih kepada kerajaan UMNO kerana meningkatkan mutu pengangkutan negara. Dengan pembinaan KTM komuter, putra line, star lrt dan KL monorel serta bus rapid KL memudahkan rakyat untuk bergerak dan memberi pilihan kepada rakyat untuk bergerak.

Pembinaan KLIA yg mampu menampung sehingga 100 tahun serta pelabuhan-pelabuhan kapal yg boleh mengendalikan berjuta TEU kontena juga memberi impak positif kepada ekonomi negara ini. Tambang bus rapid KL yg begitu murah juga RM2 sehari travel ke mana sahaja amat saya hargai.

5. Ekonomi
Terima kasih kerajaan UMNO kerana membantu org melayu untuk menjalankan perniagaan. Dengan tertubuhnya MARA, PNS, dan PUNB menggalakkan lagi usahawan bumiputera menceburi bidang-bidang baru terutamanya francise.

Dalam keadaan ekonomi yg baik saya mampu membeli kereta dan rumah. Ini bermakna rakyat mampu mempunyai aset sendiri. Dengan pengawalan harga minyak serta barang kawalan terbukti kerajaan UMNO begitu prihatin kepada rakyat jika dibandingkan dengan negara lain.

Kerajaan UMNO juga sedaya upaya menjaga hak melayu dalam bidang ekonomi ini.

6. Rakyat miskin
Kerajaan UMNO juga begitu prihatin kepada rakyat miskin. Ini terbukti dengan rancangan pembinaan rumah murah (PPRT, PPR) yang tidak ada didunia ini dan hanya kerajaan UMNO sahaja yg melakukannya.

Beberapa agensi seperti jabatan kebajikan masyarakat serta pusat zakat juga membantu golongan miskin ini. Orang-orang kurang upaya (OKU) turut diberi perhatian. Malah mereka diberi elaun apabila mengikuti bengkel khas untuk OKU.

7. Agama Islam
Kerajaan UMNO begitu menjaga agama islam. Ini terbukti wang kutipan zakat serta peruntukkan untuk agama islam tidak pernah berkurangan malah semakin bertambah. Kerajaan UMNO juga membina banyak masjid-masjid dan sekolah agama rakyat untuk pelajar islam.

Ramai jga pelajar islam dihantar ke al azhar untuk menimba ilmu agama. Masjid juga kian bertambah.

Sebenarnya banyak lagi kebaikan yg kerajaan UMNO beri kepada rakyat. Kita tidak boleh menafikan perkara ini. Isu rasuah sememangnya wujud dimana-mana negara di dunia ini tapi kerajaan telah mewujudkan BPR untuk mengekang aktiviti ini.

Saya berharap UMNO akan terus memerintah kerana saya berasakan UMNO begitu adil kepada semua rakyat.

Saya takut jika PAS dan PKR pegang, segala kebaikan dan bantuan yang diberikan kerajaan UMNO ini akan berkurangan dan wujud kerajaan yang PRO BANGSA KETURUNAN PENDATANG.

Saya lebih suka menyokong kerajaan yang berkuasa adalah orang Melayu bukan bangsa keturunan pendatang!

No comments: