Ada beberapa persoalan yang boleh direnungkan bersama
apabila kerajaan mengambil keputusan menghapuskan subsidi minyak masak.
Pertamanya, minyak masak akan naik harga bulan depan.
Walaupun ia dilihat akan memberi kesan segera kepada
pengguna biasa tetapi peniaga pasti akan mengambil kesempatan.
Apakah ini bermakna, dalam tempoh beberapa bulan akan akan
datang, harga makanan juga akan naik akibat kenaikan harga minyak masak?
Keduanya, apakah akan berlaku
kejadian sorok bahan itu? Jika berlaku siapa yang melakukannya, pemborong
atau pembekal minyak masak?
Kini terdapat 260 pemborong dan pembekal minyak masak di
seluruh negara.
Ketiga, jika berlaku aktiviti sorok, sejauh mana berkesannya penguatkuasaan?
Apakah mereka bersedia membayar denda atau akan berlaku
kejadian ketirisan dan sebagainya yang akan merugikan rakyat dan kerajaan?
Keempat, apakah peruncit bersedia
membuat laporan?
Tidakkan mereka bimbang akan dipulaukan oleh pemborong?
Kelima apakah kerajaan boleh
menjamin harga minyak masak terus stabil pada
tahap RM2.50 bagi setiap kilogram dan
berapa lama?
Keenam, apakah pelaksanaan
penguatkuasaan mempunyai cukup kakitangan dan
Ketujuh, apakah jaminan mereka yang
melakukan kesalahan di bawa ke muka pengadilan?
Laporan hari ini menyebut, di bawah program penstabilan
minyak masak baharu yang akan mula dilaksanakan November ini, harga 1kg minyak
masak peket plastik dinaikkan 40 sen kepada RM2.90, manakala minyak masak botol
5kg naik RM1.90 kepada RM15.25.
Persatuan Pekilang-pekilang Minyak Makan Malaya (Meoma)
menegaskan, harga beberapa kategori minyak masak akan dinaikkan mulai bulan
depan, susulan pemansuhan subsidi oleh kerajaan, kata
Persatuan itu dalam satu kenyataan yang dipetik Oriental
Daily berkata, di bawah program penstabilan minyak masak baharu yang akan mula dilaksanakan
November ini, harga 1kg minyak masak peket plastik dinaikkan 40 sen kepada
RM2.90, manakala minyak masak botol 5kg naik RM1.90 kepada RM15.25.
Program baharu itu dibahagikan kepada dua peringkat:
1.
Mulai 1 November ini sehingga 31 Disember;
Untuk peringkat pertama, subsidi minyak masak campuran
botol seberat 500gm, 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg serta minyak masak sawit tulen botol
seberat 500gm, 1kg, 2kg dan 3kg, akan dimansuhkan.
Ini bermakna, tanpa harga siling ditetapkan kerajaan,
harga minyak masak perlu mengikut apungan pasaran dan ditentukan peniaga.
Minyak masak sawit tulen botol seberat 5kg masih
diberikan subsidi sehingga hujung tahun ini, sebelum ia dihapuskan mulai 1
Januari 2017.
2.
Mulai 1 Januari 2017 dan hanya minyak masak
peket plastik akan menikmati subsidi kerajaan pada tahun depan.
Laporan menyebut, sebelum ini, pengeluar minyak masak
diberikan kebebasan untuk menggunakan subsidi yang diberikan kerajaan, tetapi
mulai bulan depan, mereka perlu memperuntukkan 70% subsidi itu untuk menghasilkan
minyak masak peket plastik 1kg, baki 30% lagi untuk minyak masak botol 5kg.
Laporan dari Kota Bharu menyebut, Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan memberi jaminan kuota
bekalan minyak masak sebanyak 4,800 metrik tan sebulan, tidak akan terjejas
untuk 1.6 juta penduduk negeri ini.
Pengarahnya Datuk Ab Ghani Harun berkata jaminan itu berdasarkan hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas pembekal, pemborong dan peruncit di seluruh negeri ini.
"Melalui pemeriksaan harian yang dilakukan, kita dapati proses penghantaran minyak masak berjalan lancar dan bekalan mencukupi. Jadi pengguna tidak perlu bimbang atau membuat pembelian panik bagi menyimpan stok minyak masak," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas viral di media sosial berhubung dakwaan kononnya peniaga akan menyorok minyak masak untuk menaikkan harganya berikutan khabar angin subsidi minyak masak akan ditamatkan menjelang November ini.
Katanya peniaga yang menyorok barangan kawalan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan kompaun sehingga RM1 juta selain barangan dirampas jika sabit kesalahan.
Pengarahnya Datuk Ab Ghani Harun berkata jaminan itu berdasarkan hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas pembekal, pemborong dan peruncit di seluruh negeri ini.
"Melalui pemeriksaan harian yang dilakukan, kita dapati proses penghantaran minyak masak berjalan lancar dan bekalan mencukupi. Jadi pengguna tidak perlu bimbang atau membuat pembelian panik bagi menyimpan stok minyak masak," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas viral di media sosial berhubung dakwaan kononnya peniaga akan menyorok minyak masak untuk menaikkan harganya berikutan khabar angin subsidi minyak masak akan ditamatkan menjelang November ini.
Katanya peniaga yang menyorok barangan kawalan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan kompaun sehingga RM1 juta selain barangan dirampas jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (gambar kanan)dipetik Bernama memberi
amaran kepada pemborong dan pembekal minyak masak tidak menyorok bekalan bahan
itu bagi mengaut keuntungan atau lesen perniagaan mereka akan ditarik balik.
Beliau turut meminta peruncit membuat laporan, jika kuota
penghantaran barang itu kurang daripada sepatutnya, bagi membolehkan pihaknya
melakukan siasatan terhadap pemborong dan pembekal yang mungkin menyorokkan bekalan
minyak masak.
“Apa pun yang kita lakukan adalah untuk kepentingan
rakyat bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi dan ketika ini harga minyak
masak masih lagi berpatutan, iaitu RM2.50 bagi setiap kilogram.
“Subsidi (minyak masak) itu masih lagi harga yang sama
dan adalah tak adil kepada rakyat sekiranya ada pihak yang menyorok bekalan,”
katanya selepas melakukan tinjauan pelaksanaan skim kawalan sempena perayaan
Deepavali di Tapah, semalam.
Katanya, buat masa ini, tiada aduan rasmi diterima berhubung
perkara itu dan pihaknya akan menghantar penguat kuasa melakukan siasatan
sebaik sahaja menerima laporan.
Hamzah berkata, pemborong dan pembekal yang mencatu dan
menyorok bekalan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961
yang membawa hukaman denda RM100,000 bagi individu serta RM250,000 bagi
syarikat, jika sabit kesalahan.
Rakyat yang menanggung kesan akan mememerhati dan mungkin
bertindak, walaupun tidak diketahui lagi apa tindakan mereka jika apa yang dicakap
dan dijanjikan oleh Menteri tidak berlaku seperti diharapkan.
Persoalannya apakah isu minyak masak ini akan menjadi
salah satu perkara yang akan memberikan kesan dalam pengundian bagi Pilihan
Raya Umum Ke14 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Juga apakah ia antara sebab rakyat menyokong atau menolak
Barisan Nasional bagi mengekalkan kuasa selepas PRU itu nanti?
No comments:
Post a Comment