“Jika benar berlaku aktiviti perlombongan haram di tanah itu, kenapa
tiada tindakan dikenakan terhadap pihak melombongnya dan kenapa selepas
lebih setahun baru tindakan merampas tanah itu dilaksanakan?
“Kenapa tanah itu dirampas setelah mahkamah memberikan kuasa kepada SAP
Holding Berhad sebagai pemilik sah?” - Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed
Februari lalu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa mengakui rampasan tersebut dibuat kerana berlaku perlombongan haram. Abdul Khalid turut menegaskan ia merupakan tindakan penguatkuasaan kerana pemilik tanah tidak mematuhi syarat-syarat ditetapkan.
Semalam, Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, kenyataan dibuat Menteri Besar itu jelas menimbulkan pelbagai keraguan.
Mohd Zin mendakwa mahkamah telah menetapkan tanah itu dimiliki secara sah oleh anak syarikat KHSB, SAP Holding Berhad tetapi Kerajaan Negeri tetap menjalankan rampasan tersebut tanpa alasan kukuh, malah tidak memaklumkan kepada pemegang saham KHSB.
“Jika benar berlaku aktiviti perlombongan haram di tanah itu, kenapa tiada tindakan dikenakan terhadap pihak melombongnya dan kenapa selepas lebih setahun baru tindakan merampas tanah itu dilaksanakan? “Kenapa tanah itu dirampas setelah mahkamah memberikan kuasa kepada SAP Holding Berhad sebagai pemilik sah?” kata beliau pada sidang media di Bangunan Umno Shah Alam di Shah Alam semalam.
Mohd Zin mempersoalkan mengapa KHSB seperti tidak bersungguh-sungguh mempertahankan tanah milik kumpulan tersebut.
Dakwanya, KHSB hanya membuat rayuan di Pejabat Tanah Daerah (PTD) Gombak pada 15 November lalu sedangkan mereka mengetahui rayuan sepatutnya dibuat di mahkamah tiga bulan dari tarikh berlaku rampasan.
Dalam pada itu, Mohd Zin turut menuntut penjelasan daripada pihak KHSB sama ada berpakat dengan Kerajaan Negeri untuk melepaskan tanah tersebut.
“Adakah ada pihak mendapat untung daripada rampasan tersebut?
Adakah ini konspirasi antara pengerusi KHSB dan Menteri Besar untuk merampas tanah bernilai tinggi bagi kepentingan peribadi mereka?
“Persoalan ditimbulkan ini perlu dijawab oleh Kerajaan Negeri dan KHSB sendiri kerana kami (BN Selangor) percaya mungkin ada berlaku penyelewangan dan rakyat berhak untuk mengetahui kemana hilangnya tanah bernilai RM250 juta itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment