Tuesday, April 24, 2012
Janji Mulut Manis Manis Pembangkang Yang Bertukar Pahit!!!
Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed semalam mahu rakyat Selangor sedar mengenai janji manis pakatan pembangkang yang akan hanya tinggal janji jika terus memerintah.
“Jika janji yang termaktub dalam manifesto pun boleh dimungkiri, inikan pula janji mulut manis pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak pernah jujur.
“Pada Pilihanraya Umum 2008, Pihak PKR dan PAS telah berjanji akan mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%.
Perkara ini bukan hanya dijaja di ceramah-ceramah mereka malah dicetak sebagai salah satu manifesto janji mereka jika berjaya mentadbir Negeri Selangor.
Hasil dari penipuan dan janji palsu ini, mereka berjaya memerintah negeri Selangor.” Tegas Mohd Zin.
Namun apa yang berlaku? Janji tinggal janji.
“Alhamdulillah, rakyat Selangor tidak perlukan masa yang lama untuk melihat penipuan pemimpin Pakatan Rakyat satu demi satu.
Pelbagai kepincangan berlaku dan pemimpin ketiga-tiga parti ini mengaku bersama dalam semua hal, hakikatnya, mereka ini seperti tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain, “ katanya dalam satu kenyataan semalam.
Baca seterusnya KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG JANJI MENGURANGKAN CUKAI PINTU RUMAH KEDIAMAN SEBANYAK 20% DAN CUKAI PREMIS KOMERSIAL SEBANYAK 10%
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
SALAM 1MALAYSIA
Pemimpin Pakatan Rakyat memang terkenal dengan janji-janji manis sehingga sanggup menjanjikan apa sahaja asalkan mendapat undi daripada Rakyat.
Perkara ini terbukti bukan sahaja sekarang ini malah sejak dahulu lagi. Bukti paling nyata adalah manifesto Pakatan Rakyat Negeri Selangor pada PRU 2008 sebelum ini. Jika janji yang termaktub dalam manifesto pun boleh dimungkiri, inikan pula janji mulut manis pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak pernah jujur.
Pada Pilihanraya Umum 2008, Pihak PKR dan PAS telah berjanji akan mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%. Perkara ini bukan hanya dijaja di ceramah-ceramah mereka malah dicetak sebagai salah satu manifesto janji mereka jika berjaya mentadbir Negeri Selangor. Hasil dari penipuan dan janji palsu ini, mereka berjaya memerintah negeri Selangor.
Alhamdulillah, rakyat Selangor tidak perlukan masa yang lama untuk melihat penipuan pemimpin Pakatan Rakyat satu demi satu. Pelbagai kepincangan berlaku dan pemimpin ketiga-tiga parti ini mengaku bersama dalam semua hal, hakikatnya, mereka ini seperti tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.
Seawal sebulan selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor, MB Kahlid Ibrahim membuat pengumuman bahawa janji untuk menurunkan cukai pintu kediaman dan cukai premis komersial tidak dapat dilaksanakan. Belum pun sampai sebulan memerintah, janji manifesto terpaksa ditarik balik. Inilah namanya pemimpin yang hanya berjanji untuk meraih undi tanpa mengira hakikat sebenar ekonomi.
Sehingga sekarang, janji pakatan untuk menurunkan cukai pintu kediaman dan premis komersial masih belum terlaksana. Jikapun ada nada pengumuman yang dibuat menjelang Pilihanraya nanti, sedarlah rakyat Selangor, ini hanyalah janji-janji palsu untuk meraih undi rakyat Selangor semata-mata.
Bukan sahaja cukai tidak diturunkan, malah kita juga difahamkan bahawa cukai dan premium tanah turut dinaikkan. Saya sendiri menerima banyak aduan dari rakyat Selangor berbilang kaum mengenai isu cukai dan premium tanah yang semakin meningkat. Selain itu, kami juga menerima maklumat dari rakyat Selangor bahawa cukai yang perlu dibayar sekarang ini meningkat sehingga lebih 100% dan mengikut harga pasaran.
Ramai rakyat Selangor yang tidak berpuas hati dan berasa tertipu dengan janji manifesto Pakatan Rakyat. Soalnya, adakah kita akan sekali lagi tertipu dan mempercayai setiap apa yang dijanjikan oleh mereka? Hakikatnya, kemenangan mereka di Selangor merupakan pengajaran paling berguna kepada seluruh Rakyat Selangor.
Rakyat Selangor tanpa mengira kaum berasa tertipu akibat isu melibatkan cukai pintu kediaman dan premis komersial sehingga ada yang terpaksa disita akibat beban cukai yang terlaku tinggi. Saya difahamkan, ketika zaman Barisan Nasional memerintah, kerajaan Barisan NAsional masih lagi menerima rayuan dan memberikan diskaun untuk kes-kes tertentu. Apa yang dikesalkan, sehingga hari ini, pemimpin Pakatan Rakyat masih lagi menaburkan janji-janji manis yang tidak mampu mereka laksanakan.
Saya percaya, Rakyat Selangor sememangnya lebih bijak untuk menilai janji-janji yang ditaburkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Di pihak Barisan Nasional, kami mengakui terdapat kelemahan sebelum ini, namun kami sedia mengakui kelemahan itu dan memohon maaf serta memperbaikinya sebaik mungkin.
Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini tidak pernah menyusahkan rakyat walaupun dituduh dengan pelbagai tomahan. Tetapi tohmahan yang dilemparkan tidak melibatkan kesusahan hidup rakyat. Namun kerajaan Pakatan Rakyat secara langsung memberi bencana kepada rakyat contohnya dalam isu melibatkan pengurusan sampah dan pengurusan saliran sehingga menyebabkan berlakunya banjir.
Pada Pilihanraya Umum akan datang, saya berharap agar Rakyat Selangor menggunakan pertimbangan yang paling wajar untuk membuat keputusan. Cukuplah sudah lebih empat tahun (1,460 hari) kita berada dalam kesusahan. Berjanji sekadar untuk meraih undi bukanlah satu sikap yang bertanggungjawab sebagai pemimpin malah memungkiri janji isu sendiri adalah sifat munafik.
Terima kasih, Sayangi Selangor ; Yakini BN
Dato’ Sri Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor
23 April 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment