Tuesday, February 15, 2011

PALITAN SPESIMEN DARI TEKAK, LIDAH SAIFUL MILIK ANWAR?

Seronok apabila membaca berita perbicaraAn Ketua Pembangkang, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008 seperti disiarkan harakahdaily online dan Bernama semalam.

Pada laporan harakahdaily semalam, isu yang diketengahkan ialah berapa hari Saiful tidak mandi tetapi Bernama pula melaporkan “Saiful Dakwa Dipaksa Lakukan Seks Oral – Saksi”.

Harakahdaily turut memetik kenyataan peguambela Anwar, peguambela S N Nair ketika bercakap kepada pemberita selepas perbicaraan semalam berkata, keterangan yang bercanggah dari saksi pendakwaan mengenai jumlah hari Saiful tidak mandi atau tidak mencuci badannya itu, pasti akan memudahkan pihaknya mengemukan hujah-hujah lebih konkrit dalam perbicaraan akan datang.

Yang penting bagi peguambela Anwar untuk berhujah ialah mengenai hari Saiful ‘berkepala babi’ melebihi isu ‘bontot Saiful digodam’ dan mulut Saiful yang ‘masih terlekat air mani’ orang yang meliwatnya ketika dibuat ujian di Hospital Kuala Lumpur (HKL)..

Beginilah hukum mahkamah, apa sahaja yang menjadi tandatanya, kekaburan dan keterangan bercanggah akan menjadi modal peguam.

Persoalan asas ialah apakah Saiful diliwat oleh Anuar. Orang ramai hanya mahu tahu apakah benar Anwar meliwat Saiful.

Menurut laporan Harakahdaily: “Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (Isnin, 14 Februari 2011) didedahkan dengan keterangan yang bercanggah oleh saksi pihak pendakwaan berhubung jumlah hari Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak mandi atau tidak mencuci punggungnya. Dalam keterangan terdahulu, saksi pihak pendakwaan menjelaskan Mohd Saiful tidak mandi atau tidak mencuci punggungnya selama empat hari, tetapi hari ini hanya dinyatakan selama dua hari sahaja.

Pakar jagaan kecemasan HKL, Khairul Nizam menjelaskan, Saiful tidak mandi, tidak membuang air besar dan tidak mencuci punggungnya selama dua hari disebabkan kesakitan pada bahagian anusnya.

Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab soalan peguambela S N Nair sebagai sebahagian bukti Saiful benar-benar diliwat oleh seseorang yang didakwa oleh Saiful seorang tokoh terkemuka, Anwar Ibrahim, dalam perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung hari ini (semalam)”.

Sementara ahli patologi forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Siew Sheue Feng pula memberitahu Mahkamah Tinggi semalam bahawa beliau mengambil palitan spesimen dari tekak dan lidah Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas lelaki itu memberitahunya yang dia telah dipaksa melakukan seks oral oleh "seorang tokoh berprofil tinggi".

Ketika disoal balas oleh peguam S. N. Nair kenapa beliau mengambil spesimen dari dua tempat berkenaan, Dr Siew berkata apabila beliau merekodkan sejarah kejadian itu daripada pesakit, selain memberitahu beliau yang dia telah diliwat, pengadu juga mendakwa dia diminta melakukan aksi tersebut. Kata Dr Siew, Mohd Saiful juga memberitahunya yang dia tidak boleh duduk selama dua hari akibat perlakuan seksual yang tidak direstuinya itu.

Ditanya tentang keadaan Mohd Saiful ketika pengadu pertama kali menemui beliau, Dr Siew berkata dia berkeadaan tenang, manakala dua lagi pakar lain melakukan pemeriksaan perubatan terhadapnya.

Menjawab soalan Nair sama ada beliau mencatatkan nota tentang latar belakang keluarga Mohd Saiful, ahli patologi itu berkata beliau tidak berbuat demikian secara khusus kerana mindanya bertumpu terhadap dakwaan yang dibuat pengadu."Dia juga tidak menunjukkan sabarang tanda sebagai seseorang yang mengalami masalah psikiatri, dia agak tenang, memberi kerjasama dan bersopan," kata Dr Siew.

Dr Siew berkata demikian ketika menjawab soalan Nair kenapa keterangan yang diberinya bercanggah kerana laporan yang disediakannya pada 13 Julai 2008 menyebut bahawa tidak ada penemuan klinikal tentang berlakunya penusukan, tetapi menyatakan sebaliknya apabila berada di kandang saksi, Dr Siew berkata laporannya itu adalah lebih berdasarkan pada penemuan klinikal dalam keadaan ketiadaan laporan ahli kimia.

Ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Dr Siew berkata Mohd Saiful tidak pernah mengadu kepada beliau tentang sebarang objek plastik yang dimasukkan ke dalam anusnya.

Kata Dr Siew walaupun DSP Judy hadir ketika pemeriksaan perubatan dijalankan, pegawai itu tidak pernah mengarah atau campur tangan dalam tugas beliau.

Menjawab satu lagi soalan oleh Nordin, Dr Siew berkata spermatozoa boleh kekal hingga 46 jam pada bahagian anus dan selama 65 jam di dalam rektum. Sementara itu, pakar penjagaan kecemasan HKL Dr Khairul Nizam Hassan mengesahkan bahawa Mohd Saiful berada dalam keadaan tenang ketika beliau membuat pemeriksaan terhadapnya.

"Dia memberitahu saya yang dia mengambil masa untuk membuat pendedahan tentang serangan seksual yang berlaku terhadapnya dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan akibat tindakannya itu," kata Dr Khairul apabila disoal balas oleh Nair.

Dalam hujahnya pula, peguam pasukan pembela kes liwat Anwar menegaskan tiada bukti air mani dikesan pada Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana tiada ujian yang sewajarnya dijalankan untuk memastikan perkara tersebut.

Nair berkata, meskipun keputusan makmal Hospital Kuala Lumpur (HKL) menunjukkan adanya kesan air mani, tetapi tiada ujian-ujian yang standard dijalankan untuk mengesahkan perkara itu.

Menurut beliau, laporan kimia juga tidak mengambil kira ujian-ujian standard yang harus dijalankan untuk menentukan sebarang kehadiran air mani.

Dengan merujuk kepada laporan kimia, Sankara berkata, laporan kimia juga menunjukkan bahawa kesan air mani sendiri ada ditemui pada seluar dalam dan seluarnya.

“Bagaimanapun perkara ini tidak dicatatkan oleh anda?” soal Nair yang turut diakui oleh Dr Siew bahawa beliau memang tidak mengambil catatan.

Dr Siew pula berhujah, di peringkat antarabangsa terdapat ujian-ujian yang standard seperti itu yang diamalkan seperti PSA 'antigen' dan RSID yang akan memberi gambaran tepat mengenai air mani.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah yang mendengar perbicaraan semalam menetapkan perbicaraan akan disambung pada esok (Rabu) mulai jam 8.30 pagi.

Turut hadir dalam perbicaraan semalam ialah peguam Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

1 comment:

Badut Rakyat said...

salam 1 malaysia...saya telah paut kan blog anda utk blog saya.penulisan blog anda memang hebat.tahniah di ucapkan.kalau boleh paut kan blog saya utk blog anda..terima kasih dan salam perjuangan dari saya,penulis badut rakyat..

http://badutrakyat.blogspot.com/