Wednesday, October 14, 2009

NIK AZIZ, DR LO' LO' PERLEKEHKAN PENGUNDI BAGAN PINANG

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kelmarin tidak bermoral kerana calon yang dipilih memiliki rekod lampau yang tidak baik.

Katanya, walaupun calon BN, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berjaya menewaskan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar namun kemenangannya itu akan membebankan BN dan UMNO.

Bukan Nik Aziz sahaja, anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali turut menyifatkan, pengundi Bagan Pinang telah terpilih tokoh rasuah.

"Antara maruah dan rasuah, pengundi Bagan Pinang telah terpilih rasuah. Ini satu kemalangan," katnya.

Satu kemalangan? Salah, pengundi Bagan Pinang membuat pilihan dalam keadaan mereka sedar dan arif mengenai siapa calon yang mereka pilih.

Persoalannya, kenapa pengundi Bagan Pinang tetap memilih Mohd Isa walaupun tahu beliau pernah melakukan rasuah sebelum ini?

Sebaliknya kenapa mereka menolak calon PAS dan parti itu gagal untuk mempengaruhi pengundi di Bagan Pinang?

Apakah pengundi Bagan Pinang bodoh sangat? Apakah pengundi Bagan Pinang tidak Islam kerana menolak PAS?

Kesian dengan Nik Aziz. Beliau yang nampak terlalu kecewa, menolak kemampuan dan kesempurnaan akal pengundi Bagan Pinang untuk membuat pilihan.

Nik Aziz sebaliknya turut mengakui: “Kalau mereka memilih BN dengan kehendak hati sendiri, saya tidak boleh buat apa. Tetapi hak yang 2,000 lagi yang mengundi PAS itu saya harap biar ia jadi benih yang cukup bernas untuk menyebarkan Islam di masa depan,” katanya.

Dalam kedudukan beliau mengatakan akur dengan kekalahan itu kerana pengundi sudah membuat pilihan dengan memilih BN, Nik Aziz tetap timbulkan isu Mohd Isa sebagai perasuah dan membandingkan UMNO dan MCA.

Kata Nik Aziz, tindakan UMNO memilih Mohd Isa amat memalukan jika dibandingkan langkah yang diambil kaum Cina di dalam MCA yang menolak dua pemimpin utamanya dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Sabtu lepas .

“Langkah yang diambil UMNO terbalik dan cukup memalukan. Cina yang tidak beragama Islam tolak Presiden dan Timbalan Presiden kerana terlibat dengan yang seorang tu kerana skandal duit dan hak seorang lagi tu skandal perempuan.

“Tetapi yang ini pula memang UMNO sendiri mengaku dia terlibat dengan skandal tetapi dia pilih. Pilih pula dengan majoriti banyak. Jadi di mana duduk moral, malu pada orang Cina yang tidak beragama Islam. Saya nak ulang sekali lagi malu kepada orang Cina yang tidak beragama Islam,” katanya.

Kata-kata Nik Aziz seolah-olah pengundi di Bagan Pinang tidak dapat memisahkan diri mereka dengan pemimpin rasuah.

Dalam konteks ini, bagi Nik Aziz, dia akan tetap menghukum seseorang walaupun orang itu sudah insaf atau sudah menjalani hukuman.

Jelas Nik Aziz bukan jenis pemimpin yang boleh menerima seseorang yang insaf dan sedar kesalahan mereka.

Juga Nik Aziz bukan jenis orang yang dapat menerima orang lain yang sudah menjalani hukuman.

Namun, peliknya walaupun tahu Mohamad Sabu pernah melakukan sesuatu yang tidak baik dan rakyat Kelantan sudah menolak Mat Sabu, Nik Aziz tetap menerimanya.

Begitu juga dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diketahui ada bukti kuat melakukan liwat, beliau boleh menerimanya.

Kerana apa? Kerana kuasa dan mahu menjamin PAS terus memerintah Kelantan.

Yang jelas Nik Aziz bukan sekadar tidak mahu menerima hakikat pengundi Bagan Pinang mahukan Mohd Isa tetapi Menteri Besar itu jenis manusia yang tidak tahu menghormati kehendak dan keinginan pengundi DUN berkenaan.

Pada ketika pengundi Bagan Pinang boleh ‘memaafkan’ Mohd Isa, kenapa Nik Aziz terus mencerca dan menghina Mohd Isa dengan mempersoalkan kenapa bekas Menteri dan Menteri Besar itu tetap menang pilihan raya?

Mohd Isa sendiri sudah menjelaskan, beliau tidak akan pergi lebih jauh dalam pentadbiran Kerajaan Negeri kerana mahu memberi khidmat terbaik kepada masyarakat yang telah memilihnya.

Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang itu turut menafikan desas-desus mengatakan beliau bakal diserapkan sebagai Exco Kerajaan Negeri dengan mengambil kira pengalamannya pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun.

“Setakat ini saya tak terfikir bab itu (jadi Exco). Setakat ini, saya tak fikirkan sebab saya mahu tumpukan kemenangan, dan selepas menang saya mahu berkhidmat untuk rakyat Bagan Pinang dan Telok Kemang, selain mengukuhkan parti. Itu saja matlamat saya,” katanya.

Mohd Isa juga kurang bersetuju sekiranya ada pihak yang menganggap kemenangannya di Bagan Pinang kelmarin sebagai titik permulaan kembalinya beliau ke dalam arena politik selepas dikenakan tindakan kerana terlibat kesalahan politik wang.

“Saya memang aktif dalam politik sebab saya Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang. Lepas habis hukuman, saya dipilih sebagai Ketua UMNO bahagian dan ini bermakna saya masih dalam arena politik. Bagaimanapun, untuk aktif dalam politik aliran perdana, ia bergantung kepada keadaan. Saya pun tak ramalkan masa depan saya sebab saya tak buat ramalan,” katanya.

Jawapan kepada komen Nik Aziz ialah, Mohd Isa kembali aktif berpolitik dan bertanding pilihan raya selepas menjalani hukuman.

Amat jelas Nik Aziz jenis manusia yang gemar menghukum manusia selama-lamanya walaupun seseorang itu sudah menjalani hukuman di atas kesalahannya.

No comments: