Thursday, August 6, 2009

SAYA SYUKUR DENGAN LAYANAN LUAR BIASA PM

Walaupun mungkin ternama dan dihormati sebagai “Tok Guru”, Nik Aziz patut berguru dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) menghormati tetamu.

Jelas pemimpin BN melayan beliau dengan baik walaupun sebelum ini apa yang tidak dikatakan oleh Menteri Besar itu terhadap UMNO dan BN.

Ternyata akhirnya “Tok Guru” mengakui betapa pemimpin nombor wahid BN dan UMNO melayannya dengan baik.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau amat bersyukur dengan layanan luar biasa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sepanjang lawatannya ke Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (SEZ-ECER) semalam.

Beliau berkata penghormatan yang tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini dilihat sungguh cantik, di samping senyuman pemimpin kerajaan pusat serta kehebatan kawasan itu yang tiada tolak bandingnya.

"Saya dilayan dengan baik (oleh Perdana Menteri), dengan senyum simpolnya, air muka yang jernih, saya dibawa melawat ke kawasan yang dianggap "corridor of power" untuk pelabur luar negara, sungguh hebat," katanya.

Beliau menyatakannya sejurus menyambut kumpulan seramai 50 orang penduduk Kelantan yang menyertai misi melawat pelantar minyak di kawasan 170 kilometer dari pantai Tumpat hari ini.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas lawatannya ke perasmian SEZ-ECER oleh Perdana Menteri di Pekan, semalam.

SEZ-ECER adalah zon ekonomi khas pertama negara meliputi Kertih di Terengganu hingga ke Tanjung Agas di Pekan yang akan menyumbangkan 80 peratus kepada hasil keluaran ekonomi kawasan ECER.

Perdana Menteri berkata zon ekonomi khas mampu menarik pelaburan RM90 bilion dan menyediakan 220,000 peluang pekerjaan menjelang 2020 dan merupakan yang pertama di Malaysia.

Nik Aziz berkata beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana sedia mengundangnya bersama pemimpin lain melawat kawasan itu yang dianggap memang luar biasa dari tempat-tempat lain.

1 comment:

mail lambong said...

jika anda terlihat ada orang islam yang berjudi dan minum arak di selangor sila laporkan kepada pihak yang berkenaan supaya kita dapat menghancurkan maksiat tersebut..

marilah kita bersama-sama membuat pemerhatian keatas premis yang menjual air setan ini..jika ada orang islam masih membeli racun dan air setan tersebut,kita akan desak dengan lebih hebat agar perbuatan maksiat tidak berlaku di selangor..

negeri-negeri UMNO disarankan mengikuti jejak langkah negeri selangor demi menjaga kepentingan islam di malaysia.