Tuesday, May 26, 2009

TIDAK BERBALOI AHMAD SAID TANGGUNG PROJEK IDRIS JUSOH?

(Sumber: www.buletinonline.blogspot.com, 26 Mei 2009)

KUALA TERENGGANU: Hampir RM 1 bilion projek-projek yang dicurahkan ke dalam daerah Besut semasa pemerintahan bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh, kini menjadi beban kewangan kepada kerajaan negeri Terengganu.

Perkara tersebut telah di dedahkan oleh Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said semasa sesi dialog selama sejam dengan pihak media, sempena genap setahun beliau menjadi Menteri Besar, April lalu.

“(Perbelanjaan) projek sambung (dalam) bajet tahun 2009, kalau saya tidak sambung projek itu, ia akan terhenti.

“Saya kena belanja bajet (kerajaan negeri sebanyak) RM500 hingga RM600 juta untuk meneruskan projek itu,”katanya ketika menafikan tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa Ahmad telah mengenepikan daerah Besut dalam rancangan pembangunan negeri Terengganu.

Katanya, projek pembinaan Universiti Darul Iman (UDM) sebanyak RM 250 juta, Taman Ilmu sebanyak RM410 juta, Sekolah Menengah Imtiaz RM145 juta, Jerteh Souq RM75 juta.

Perbelanjaan tersebut katanya belum termasuk kos-kos tambahan yang timbul seperti projek Taman Ilmu yang akan ditambah lagi sebanyak RM160 juta.

“(Pembinaan) Taman Ilmu (kos) RM250 juta sedang berjalan dan tambah, ia tak cukup tambah lagi sebanyak RM160 juta, adalah nak suruh saya ‘stop’ (hentikan) projek itu,

“Saya boleh ‘stop’, tapi kalau ‘stop’, cerita lain (pula jadinya), Masjid Hdhari berapa juta (pula) yang diperlukan untuk tambahan”jelasnya.

Beliau mencabar pihak media membuat perbandingan projek-projek yang dilaksanakan dalam daerah Kemaman, Bahagian yang diketuainya.

“Bandingkan dengan Kemaman, apa saya buat (di) Kemaman, berapa juta saya belanja, mana projek Kemaman?,”soal beliau.

Pertelingkahan antara Ahmad Said dan Idris Jusoh begitu nyata sehingga Ahmad dituduh takut untuk ‘turun’ ke daerah Besut.

“Tak takut apa, apa benda saya nak takut, saya tak perlu takut, takut apa, ‘you’ aja yang kata saya takut atau orang Besut,”tegas Ahmad yang berkata, bagaimana beliau boleh hadir ke daerah Besut sekiranya tidak ada program yang diaturkan untuk beliau.

Pada 1 April 2009, Ahmad dan Exconya telah bermesyuarat dan mengadakan beberapa program di daerah Besut, bagi meredakan pertelingkahan di antara kumpulan yang menyokong Idris dan kumpulan yang menyokongnya.

Namun, program tersebut ternyata tidak menurunkan ‘amarah’ kedua-dua kumpulan tersebut.

Dua minggu selepas itu, pada 14 April, Datuk Rosol Wahid mengetuai 10 ADUN lain dari kumpulan yang menyokong Idris telah memboikot yang sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Rosol terus-terang dalam sidang media yang diadakan pada hari itu mendesak supaya Ahmad meletakkan jawatan !

1 comment:

mail lambong said...

sama je..tapi aku repect idris lagi, sebab sayangkan parti tak bukak pekung di dada..

kesimpulannya dua-dua sama..

alamat lingkup lah umno kalau terus bergaduh sesama sendiri.