Tuesday, September 7, 2010

USTAZAH HANNAH ADALAH MUBALIGH KRISTIAN!

ADUN Subang Jaya, YB Hannah Yeoh telah "memenuhi undangan" Nazir dan Imam Masjid Al Falah di USJ Taipan, menghadiri dan memberikan "Tazkirah" serta menyampaikan angpow dalam satu majlis Iftar Ramadhan minggu lalu. Siapa sebenarnya Hannah Yeoh ini ?

Dia merupakan seorang Tokoh Muda kristian yang komited. Buktinya pada 4 Sep 10 @ jam 1830 - 2200, di Sunway Pyramid Convention Centre, SUNWAY, satu Program Motivasi Kristian telah diadakan.



Ia bertajuk "Change Your World - You make the Difference" anjuran Christian Creative & Music Ministry of Eagle Point Church bralamat No.2, Jln Rajawali 3, Puchong Jaya.

Hadir lebih kurang 1,400 org remaja brumur 16 - 25 tahun. Yang memberikan pengisian ceramah adalah "ustazah" Hannah Yeoh dan Edward Lee - Adun DAP Bkt Gasing.

Ternyata dalam menjalankan dakwah Kristianisasi, Hannah Yeoh lebih bijak dari Hassan Ali, Iman dan Nasir Masjid USJ Taipan. Tazkirahnya telah berjaya memecah belahkan umat Islam. Sampai bilalah, EXCO Pas, Iman Pas dan Nazir Pas ini terus ditipu dengan licik oleh Mubaligh Kristian ini !

Rakyat menunggu dengan penuh prihatin samada Hannah berjaya di Islamkan oleh Nik Aziz dan Hassan Ali atau Hannah akan mengkristiankan remaja Islam USJ Taipan ! Tahniah atas kedangkalan akal Nik Aziz, Hassan Ali dan kuncu-kuncunya.

Komen Lawi Ayam - Berhati-hati dengan Musam Berbulu Ayam. Terima kasih Warisan 2057

Sunday, September 5, 2010

ANWAR - RAHSIA APA YANG TERLALU BESAR

Bekas Ketua Wanita PKR negeri Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata kelmarin, Azmin Ali mempunyai 'kunci' terhadap segala rahsia utama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Aminah yang lebih dikenali sebagai Kak Min berkata’kunci’' tersebut menjadi senjata utamaK kepada Azmin untuk mendapatkan apa sahaja yang diingininya tanpa dapat dihalang oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Aminah yang juga Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) sehingga ini enggan mendedahkan rahsia berkenaan Cuma berkata "Biarlah masa menentukannya."

Jika demikianlah halnya maka Azmin yang kini Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa mempunyai kuasa yang besar mempengaruhi Anwar dalam banyak perkara.

Namun Kak Min yakin rahsia utama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang selama ini disimpan oleh Azmin itu akan terbongkar tidak lama lagi.

Kenapa? Menurut Kak Min, perkara seperti itu tidak mampu bertahan kerana lama-kelamaan ia akan diketahui juga oleh umum.

"Dalam masa terdekat, 'kunci' sudah boleh membukanya. Ia akan terbongkar juga apabila tiba masa nanti. Pihak tertentu sudah tahu rahsia ini, begitu juga orang PKR, biarlah nanti umum pula yang tahu," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu pada penyerahan sumbangan Hari Raya Aidilfitri dan berbuka puasa anjuran di Pulau Pinang malam semalam.

Apakah rahsia yang cuba diungkitkan oleh Kak Min ini yang orang PKR semua sudah tahu?

Apakah dalam konteks perbuatan liwat oleh Anuar atau tuduhan Anwar mempunyai anak ‘luar nikah’ atau hubungan Anwar dengan isteri Azmin sendiri, iaitu Shamsidar Taharin?

Hakikatnya semakin lama pintu itu tidak dibuka kuncinya akan semakin banyaklah spekulasi.

Hairannya, jika sudah ramai orang PKR tahu hal ini, semestinya Senator Ezam Mohd Nor tahu hal ini.

Begitu juga pemimpin lain yang sudah meninggalkan PKR seperti Dr Chandra Muzaffar, Marina Yusof atau juga pemimpin seperti Zahid Mat Arip.

Tetapi hairannya kenapa mereka menutup mulut rapat-rapat. Masih sayangkan ‘Anwar’?

Atau kerana perkara itu terlalu peribadi dan mereka tidak sanggup memperkatakannya?

Kita menunggu bila dan apa yang ada di sebalik pintu selepas ‘kunci’ dibuka. Namun sebelum itu persoalannya, siapa yang memegang kunci itu?

Friday, September 3, 2010

TIMBALAN PRESIDEN PKR – BERANIKAH ZAID BERDEPAN AZMIN?

Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim kini menyatakan beliau bersedia bertanding untuk jawatan nombor dua dalam Parti Keadilan Rakyat.

Tetapi dengan syarat Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak berminat merebut jawatan yang sama.

Menulis dalam blognya Zaid menjelaskan walaupun beliau tidak mahukan apa-apa jawatan, beliau terpaksa membuat keputusan baru ekoran asakan demi asakan terhadapnya.

"Kalau dah kena serang bertubi-tubi, baik saja masuk gelanggang. Kata orang, kalau nak kena tempeleng biar berbaloi.

"Tapi itu pun kalau Tan Sri Khalid tak mahu jawatan tersebut," katanya dalam perenggan terakhir artikelnya berjudul 'Ibrahim Ali patut Berdialog'.

Walaupun berterus terang, Zaid cakap berlapis. Tetapi orang masih ingat apa kata Zaid sebelum ini.

Beliau pernah mengatakan tidak berminat bertanding apa-apa jawatan dalam PKR.

Namun kini beliau menukar fikiran dan kenyataan sedia bertanding akan dilihat sesuatu yang serius bagi pemilihan parti November depan.

Menurut Zaid yang pernah menjadi Ketua Bahagian UMNO, Senator dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri , “Kalau dia (Khalid) mahu, saya lebih selesa memberi laluan kepada beliau kerana dia banyak pengalaman yang boleh membantu parti.”.

Ini kerana, menurut Zaid, Khalid merupakan seorang pemimpin yang tidak suka menghentam atau memburukkan orang lain, sebaliknya lebih minat bekerja.

Siapa Zaid maksudkan sebagai “pemimpin yang suka menghentam atau memburukkan orang lain dan kurang minat bekerja?”

Mudah saja. Pemimpin mana dalam PKR yang sering mengkritik atau bertelagah dengan Khalid sebelum ini?

Dan siapa pula yang dikatakan berura-ura menggantikan Khalid dalam kemelut PKR di Selangor?
Persoalannya, kenyataan Zaid ini memberi amaran kepada ahli parlimen Gombak, Azmin Ali yang turut berminat bertanding jawatan itu?

Jawatan nombor dua parti itu kini disandang Syed Husin Ali sejak PKR bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebelum ini.

Ramai melihat Syed Husin kini semakin tersisih dan peranannya tidak lagi penting berbanding ketika PKR mula bergabung dengan PRM.

Azmin dilihat berusaha menduduki tangga kedua PKR walaupun tidak diketahui sama ada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merestui atau sebaliknya.

Berbanding Zaid yang banyak membela Khalid (malah Anwar pun tidak memecat Khalid sebagi Menteri Besar), Azmin dilihat lebih memberikan tekanan terhadap Anwar dan Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah.

Pertandingan sama ada tiga penjuru atau dua penjuru menjadi menarik kepada pihak yang kalah dijangka akan menerima kesan besar daripada pertandingan ini.

Malah, sama ada Syed Husin kalah dalam pertandingan atau menarik diri, bekas ahli PRM akan mula merasai ‘kehangatan’ bahawa mereka bagaikan ‘polong’ yang sudah tidak bertuan.

Apakah ‘polong-polong’ ini akan mengganggu tuannya?

Pertembungan Zaid dan Azmin dilihat akan menyukarkan Anwar kerana kedua-duanya penting bagi Anwar dalam konteks peribadi dan politik.

Mungkin selepas November, PKR akan bertambah goyah jika Anwar gagal mengimbangi pertelingkahan penyokong kesan pertandingan besar itu.