Sunday, December 6, 2009

LAPORAN POLIS BERKAITAN TULISAN THE UNSPINNERS?

Daripada The Unspinners

Kumpulan SUK buat laporan penulis blog

05/12/2009 5:14pm
Utusan Malaysia

KOTA BAHARU 5 Dis. — Sekumpulan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggelar dirinya sebagai Suara Umum Rakyat Kelantan (SUK) hari ini membuat laporan polis berhubung artikel dalam blog mendedahkan skandal punca pembatalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan keluarganya, mengerjakan haji ke Makkah atas tajaan seorang usahawan terkemuka.

Laporan itu dibuat oleh ketua kumpulan itu, Zulkifli Mohd Zain, 49, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu, di Pengkalan Chepa, dekat sini, jam 12.50 pagi.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berkata, laporan itu dibuat supaya polis menyiasat artikel yang mendakwa Nik Aziz menerima tajaan daripada pengusaha terbabit bagi pemergiannya ke Tanah Suci membabitkan kos RM65,000. Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut. - Bernama

KOMEN: The Unspinners telah membuat satu pendedahan minggu lepas berkenaan Nik Aziz. Sinopsis dan pautan boleh didapai sini. Pendadahan itu menjadi berita muka hadapan Utusan Malaysia sini.

Adakah Zulkifli membuat laporan polis untuk meminta polis siasat The Unspinners atau siasat Nik Aziz. Harap siasatlah Nik Aziz sebelum lagi banyak orang jadi sesat disebabkan ulamak yang mulut macam c***i!

Kenapa ulamak tidak tegur Nik Aziz? Kenapa Haji Hadi dan tokoh ugama PAS biarkan dia bercakap tanpa adab sopan?












Merujuk kepada kenyataan Nik Rahim, anak Nik Aziz dalam The Malaysian Insiders sepenuhnya sini, kenapa tapak rumah N.Ajis sebagai penjaga/pemegang amanah tanah wakaf (dan mungkin rumah Ariffahmi di belakang rumah N.Ajis) berada atas tanah wakaf?

Petikan MI di bawah ini:
“Sekolah ini memang sekolah tuan guru, yang diasaskan bersama bapanya, Nik Mat pada tahun 1963, dan tanah wakaf ini penjaganya juga adalah tuan guru,” kata Nik Rahim yang merupakan anak keempat Nik Aziz.

Sebagai penjaga, bolehkah N.Ajis guna tanah wakaf untuk kegunaan peribadi. Harus diingati N.Ajis adalah penjaga atau pemegang amanah (trustee) tanah wakaf.

Jika tidak disebut boleh, salah untuknya buat rumah peribadi atas rumah itu. Kalau rumah gurubesar, mungkin lain.
Patutkah Nik Rahim mengaku sekolah itu sekolah N.Ajis?

Adakah N.Ajis biayai sekolah itu sendiri atau atas derma orang ramai? Bolehkah N.Ajis mengaku sekolah itu dia punya jika sekolah itu berada atas tapak tanah wakaf atau lain kata tanah itu tanah awam(wakaf)?
Kami bertanya ...

Tuesday, December 1, 2009

DEMONSTRASI DESAK NIK AZIZ MINTA MAAF

Kira-kira 1,000 orang yang mendakwa mewakili sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pintu masuk Kota Darul Naim di sini bagi mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung satu kenyataan kontroversinya baru-baru ini.

Mereka yang berkumpul di hadapan pintu masuk yang menempatkan pusat pentadbiran kerajaan Kelantan itu turut mendesak Nik Aziz melepaskan jawatannya berikutan kemunculan beberapa isu yang dianggap mereka menjejaskan kerajaan dan rakyat negeri.

Selepas berkumpul hampir setengah jam sejak 10.15 pagi, kumpulan itu menyerahkan memorandum berkenaan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Anual Bakri Haron, di pintu masuk kota berkenaan.
Keadaan hampir menjadi kecoh semasa kumpulan itu meluahkan rasa kecewa apabila gagal menyerahkan sendiri memorandum itu kepada Nik Aziz, namun ia dengan pantas dileraikan oleh polis.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, yang berada di tempat kejadian kemudiannya meminta kumpulan itu bersurai sebelum tindakan yang lebih tegas diambil.

Mereka yang turut membawa beberapa kain rentang yang antara lainnya tertera kata-kata "Nik Aziz Perlu Letak Jawatan" dan "Kami Desak Nik Aziz Mohon Maaf Kepada Najib", kemudiannya akur dan bersurai sambil diawasi Unit Tindakan Ringan Anti Rusuhan.
Sementara itu, wakil NGO itu yang menamakan diri mereka Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan, Johan Che Pa, berkata memorandum itu menandakan bantahan sebahagian besar rakyat Kelantan yang kecewa dengan kenyataan Nik Aziz berhubung doa diturunkan bala terhadap Najib dan Umno bersabit tuntutan royalti petroleum pada 27 November lalu.

"Sekiranya Nik Aziz enggan memohon maaf kepada Datuk Seri Najib dan seluruh umat Islam, gerakan ini tidak akan berakhir di sini," katanya yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas.

PATAH SAYAP TERBANG JUA...

Daripada Agendadaily

Ini bukan kerja UMNO dan ia bukan juga kerja PAS.Semuanya muncul dari gerak langkah Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri.
Sumber-sumber PAS memberitahu Agendadaily semakin ramai kalangan ahli parti itu yang sudah ‘ naik bengong’ dengan gelagat Mursyidul Am PAS kebelakangan ini yang sekian lama menjadi simbol penyatuan perjuangan mereka.

Mungkin atas dasar hormat padanya kebanyakannya mengambil sikap terima saja seadanya satu demi satu tindak tanduknya yang memalukan mereka.Namun ikut ceritanya bibit-bibit keresahan makin sukar ditutup jika ia berterusan begini.

Nik Aziz selama ini mungkin merasa apa saja yang ditentukannya semuanya betul.

Tindakannya ‘ meletup’ terhadap Timbalan Presiden PAS Nashruddin Mat Isa tidak lama dulu dan kemudian diikuti dengan cadangan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk buat perhitungan terhadap dua tiga kerat pemimpin atasan PAS yang didakwanya tidak sehaluan dengan perjuangan parti adalah antara yang mengoncang parti itu.

Terbaru rangkaian isu peribadi melibatkan tajaan Haji dan kontroversi dakwaan salahguna kuasa menantunya sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang beliau lantik dan pertahankan membuatkan ramai yang garu kepala.

Dalam pada itu ‘ perang’ antara bekas Pegawai Perhubungan Koprat PMBK,Syed Azidi Syed Abdul Aziz @Kickdefella dengan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang sudah diarah letak jawatan belum ada penghujungnya.

Malah ia telah bertukar menjadi perang dengan keluarga besar Nik Aziz bila isteri Ariffahmi ,Nik Amalina tampil meluah rasa mempertahankan suaminya dan membedal Kickdefella menerusi laman blog.

Ramai yang hairan dengan kemunculannya itu.

Sebelum itu anak lelakinya,Nik Abduh juga bersuara membela ayahnya.

Ia mengambarkan seolah ada tidak tenteram di kediaman Menteri Besar di Kota Bharu.

Sebenarnya banyak dakwaan serius yang dibuat oleh Syed Azizi terhadap Ariffahmi yang belum terjawab kecuali dicop sebagai fitnah oleh empunya diri,bapa mertua dan isterinya.

Petanda kredibiliti Nik Aziz semakin dipersoalkan dapat dilihat dari komen-komen di laman blog Syed Azidi yang kebanyakanya menyokongnya.

Juga semua orang tertunggu-tunggu siapa gerangannya ‘ Kolonel Mat’ yang didakwa oleh Nik Aziz menjadi dalang nak jatuhkannya.

Peliknya setakat ini bukan saja ahli biasa PAS malah pemimpin atasan parti itu tidak pernah dengar dan tidak kenal siapa ‘ Kolonel Mat’ itu.

Menariknya – Syed Azidi memberitahu orang yang dipanggil ‘ Kolonel Mat’ itu adalah arwah bapanya.

Sebagai ulama besar parti,Nik Aziz cukup maklum bagaimana akibat keatas reputasinya jika beliau tidak dapat dedahkan siapa Mat berpangkat Kolonel itu.

Kini setelah Mursyidul Am PAS itu muncul pula dengan doa supaya Allah menghapuskan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan UMNO jika Kerajaan Pusat enggan memberikan royalti minyak kepada Kelantan ada kalangan dalam parti itu merasakan doa itu sepatutnya ditujukan kepada beliau dan menantunya.

Bagi mereka itu sebenarnya perlu dihitung dan diperjelaskan dulu.

Apa lagi kini topik siapa bakal pengganti Menteri Besar Kelantan makin bergema agak lain macam – berbeza dengan senario di masa lampau.

Sekalipun timbul tekanan yang jelas terasa namun tidak ramai para pemerhati politik yang berani bertaruh Nik Aziz akan angkat bendera putih.Beliau dikatakan cukup sedar mahu tidak mahu – secara terbuka – ahli parti itu dari serata tempat akan tetap berdiri mempertahankan ‘ Tok Guru’