Friday, November 7, 2008

3,000 PEMILIK PREMIS HADAPI SITA

Pada pilihan raya umum lalu, Barisan Nasional (BN) berjanji untuk membantu penduduk dalam kawasan perbandaran seluruh Kelantan, khususnya Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB) yang sukar membayar hasil tanah dan cukai pintu.

Namun mereka menolak tawaran itu semua dengan memberikan undi kemenangan kepada Pas.
Semalam, kira-kira 3,000 pemilik premis yang gagal jelas cukai dalam MPKB sedang diburu.
Nak kata ‘padan muka’ kesian kerana bukan semuanya pangkah Pas.

Sejak kelmarin, MPKB melancarkan gerakan pada bangunan sekitar bandar ini kerana gagal menjelaskan tunggakan cukai pintu bernilai hampir RM7.5 juta.

Tindakan sita dilakukan mengikut Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171 yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa itu menyita aset bangunan selepas notis yang dihantar gagal dipatuhi.

Pengarah Kewangan MPKB, Zulkefli Ibrahim, berkata mereka dikenal pasti mempunyai tunggakan cukai pintu dengan MPKB sejak sejak dua tahun lalu dengan nilai antara RM1,000 hingga RM10,000.

Zulkefli berkata, sehingga kini MPKB terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM19 juta berikutan kegagalan pemilik bangunan termasuk rumah kediaman dan perniagaan menjelaskan tunggakan cukai pintu sejak beberapa tahun lalu.

"Sejak dua tahun lalu, kita hanya mampu mengutip kira-kira 13 peratus daripada keseluruhan jumlah tunggakan itu sehingga terpaksa MPKB menjalankan operasi menyita.

Tindakan sita ini adalah langkah akhir selepas beberapa kali notis dan ruang perbincangan disediakan MPKB tidak diendahkan.

"Kita boleh bertolak ansur dengan penduduk yang memiliki tunggakan hutang cukai pintu menerusi bayaran ansuran, tetapi peluang itu tidak digunakan sepenuhnya oleh pemilik bangunan," katanya.

Katanya, pihaknya sudah menghantar tiga kali notis kepada pemilik bangunan itu sama ada penyewa premis atau penama asal supaya menjelaskan tunggakan bagi mengelak aset masing-masing disita.

"Mulai semalam, MPKB melancarkan gerakan menyita premis yang mempunyai tunggakan cukai bernilai hampir RM40,000 menerusi operasi dari pintu ke pintu premis yang tersenarai.

"Dalam operasi ini, anggota penguat kuasa yang dibantu pegawai kewangan dan undang-undang membuat serbuan bagi mengambil tindakan sita jika pemiliknya masih enggan menjelaskan hutang masing-masing," katanya pada sidang media sebelum pelancaran operasi itu di pejabatnya, semalam.

Sementara itu, dalam operasi bermula jam 9.30 pagi semalam, sepasukan anggota penguatkuasa MPKB menyita sebuah bangunan rumah kediaman di Jalan Dusun Muda, di samping pealatan elektrik dan pejabat.

Monday, November 3, 2008

HADI TIDAK PUAS HATI, KHALID TIDAK CEKAP

Oleh Yusoff Taib

Mazli Saring, Ketua Penerangan AMK Selangor berkata perlantikan Puan Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS tidak akan timbul sekiranya isu persaraan Dato' Harun sebagai Pengurus Besar dapat ditangani dengan menyediakan calon-calon yang berkarisma dan sesuai dicari sebelum tibanya saat-saat akhir beliau bersara pada hari semalam.

Beliau bertanya: “Mengapakah pengganti Pengurus Besar PKNS ini tidak dicari sekurang-kurangnya 3 atau 4 bulan sebelum 30hb Oktober 2008?”

Tidakkah ini menggambarkan cara pentadbiran Selanbgor kini bercelaru dan membuat keputusan mengatasi masalah secara segera dan sementera?

Sementara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor itu.

Kata Abdul Hadi, sebagai sebuah negeri yang majoriti penduduknya orang Melayu dan beragama Islam, sistem pentadbiran sepatutnya diterajui oleh kaum tersebut.

Khalid sebagai seorang ahli korporat Melayu yang bukan calang-calang pemikirannya, keputusan bijak diperlukan, bukan tergopoh-gapah seperti ini.

Memanglah harapan besar diletakkan kepada Khalid dapat menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya tetapi adalah baik jika tidak diumumkan keputusan berkenaan dahulu sebaliknya mencari pengganti sebagai priority.

Mazli mengakui pentadbiran PKNS dan Kerajaan negeri Selangor kurang kemas dan tidak membuat perancangan yang rapi dalam menyelenggarakan permasalahan ini. Ini diumpamakan seperti mengambil pepatah Melayu yang bertajuk "Rumah Siap Pahat Berbunyi". Menteri Besar disaran agar melaksanakan perancangan seperti konsep "Plan, Do, Check, Action (PDCA)" dalam membuat semua perancangan-perancangan yang melibatkan kepentingan rakyat dan pentadbiran.

Permasalahan seperti ini tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan negeri Selangor sekarang dapat memahami dan mempraktikkan konsep "Effective Change Process Management" dengan baik dalam menguruskan perkara-perkara yang memerlukan pertukaran di dalam pengurusan tertinggi syarikat "GLC" @ syarikat berkepentingan negeri.

Tindakan Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dalam perkara ini sememangnya menjadi persoalan berbagai pihak samada dari rakyat negeri Selangor sendiri, parti-parti komponen Pakatan Rakyat mahupun juga pihak pembangkang, UMNO dan Barisan Nasional.

Cara menangani masalah ini secara adhoc pastinya mengundang banyak persoalan yang akhirnya melantun kepada Menteri Besar yang lemah pentadbirannya.

Menurut Mazli, AMK Selangor berkeyakinan bahawa Tan Sri Khalid mempunyai alasan yang amat kukuh dan agenda yang tersendiri dan tersembunyi yang berfaedah kepada rakyat negeri Selangor dalam membuat keputusan itu.

Di Kemaman semalam (1 November 2007), Abdul Hadi memang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Mingguan Malaysia memetik Abdul Hadi sebagai berkata, sebagai sebuah negeri yang majoriti penduduknya orang Melayu dan beragama Islam, sistem pentadbiran sepatutnya diterajui oleh kaum tersebut.

Sehubungan itu, beliau akan meminta penjelasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung pelantikan Siew Moi itu.

‘‘Secara umum nya yang saya dapat katakan pemerintahan dan pentadbiran negara mestilah diterajui oleh orang Melayu yang beragama Islam.

“Saya tidak boleh komen lebih-lebih kerana perlu meminta penjelasan daripada rakan-rakan kami di Selangor terlebih dahulu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Ijtimak Kepimpinan Pas Terengganu di bandar Chukai di sini, hari ini.

Isnin lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pelantikan Siew Moi yang sepatutnya bersara tahun ini tetapi dilanjutkan tempoh persaraannya sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS untuk tempoh setahun bagi mengambil alih tugas Pengurus Besar PKNS sekarang, Datuk Harun Salim yang akan bersara hujung bulan ini.

Ekoran keputusan itu, enam persatuan kakitangan PKNS menyerahkan memorandum kepada Abdul Khalid dan mendesaknya menarik balik pelantikan Siew Moi itu kerana dikatakan tidak memenuhi aspirasi penubuhan PKNS bagi membantu meningkatkan sosial dan ekonomi bumiputera.

Abdul Hadi berkata, Pas tidak boleh membuat sebarang pendirian berhubung keputusan yang dibuat oleh PKR di Selangor.

Menurutnya, pelantikan Siew Moi hanya sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS yang menjalankan tugas-tugas pengurus besar agensi itu.

“Jawatan Pengurus Besar itu masih belum sah dimiliki sepenuhnya oleh Siew Moi,'' jelasnya.
Beliau berkata, isu pelantikan orang bukan Melayu itu juga bukan merupakan perkara dasar pentadbiran di Selangor kerana ia hanya melibatkan sebuah organisasi.